Malaysia Dateline

Didakwa hina Bugis: Polis ambil keterangan Mahathir

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad di percayai telah diambil keterangan oleh Ibupejabat Polis Bukit Aman hari ini berhubung kenyataan yang dianggap menghina keturunan Bugis.

Empat pegawai itu bersama 2 pemandu yang menaiki 2 kereta berasingan tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, kira-kira 1.34 tengah hari tadi, lengkap membawa dokumen untuk menjalankan siasatan.

Empat peguam Dr Mahathir diketuai Haniff Khatri Abdulla yang tiba 30 minit lebih awal, turut hadir dalam sesi soal siasat itu.

Portal FMT melaporkan Pengerusi Pakatan Harapan itu tiba di pejabatnya awal pagi tadi untuk menunggu ketibaan polis.

Bekas perdana menteri sebelum ini menegaskan, kenyataan yang dikeluarkannya pada perhimpunan anti-kleptokrasi pada 14 Oktober itu hanya ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tidak ditujukan kepada masyarakat Bugis.

Susulan kenyataan itu, Dewan di-Raja Selangor mahu Dr Mahathir disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948. Pada 17 Oktober, 2 laporan polis dibuat oleh Persatuan Bugis Johor berhubung kenyataan Dr Mahathir itu.

Dr Mahathir dikatakan menggunakan gelaran “lanun Bugis” bagi menyedarkan masyarakat kepada tindak tanduk Najib, yang terpalit dakwaan salah guna kuasa dan rasuah, menggelar diri “pahlawan Bugis”.

Dr Mahathir turut berdepan siasatan berhubung kerugian RM31.5 bilion yang ditanggung Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga mata wang (forex) sekitar 1990-N.