Malaysia Dateline

Didakwa langgar undang-undang keluarga Islam, Pemuda dan Peguam AMANAH lapor polis

Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan bersama peguamnya hari ini membuat satu laporan polis terhadap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Laporan polis dibuat susulan dakwaan Ahli Parlimen Pas itu berkahwin melalui panggilan telefon pada 1 Jun lalu di Narathiwat Thailand

Peguam, Fadhli Umar Aminolhuda yang juga Exco Pemuda AMANAH Nasional berkata, secara spesifik Che Abdullah telah melanggar seskyen 124 enakmen undang-undang keluarga Islam 2002 negeri Kelantan kerana beliau bermaustatin di negeri itu.

“Seksyen 124 berkaitan dengan isu poligami dan terdapat keraguan bahawa Ahli Parlimen Tumpat ini mendapat kelulusan dari pihak mahkamah syariah Kelantan.

“Enakmen berkenaan boleh membawa hukuman dan denda RM5,000 atau enam bulan penjara sekiranya didapati bersalah

“Kita rasakan bahawa sebagaimana yang berlaku, YB sebagai timban menteri perlu disiasat dan satu tindakan sewajarnha perlu dikenakan oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan,” katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Sementara itu Ketua Pemuda WP, Asmaaliff Abdul Adam ketika ditemui pemberita berkata, laporan polis dibuat kerana Ahli Parlimen Pas itu melanggar enakmen undang-undang syariah.

Perkahwinan itu juga katanya diragui kesahihannya kerana dikatakan perkahwinan tersebut dilakukan dengan wali hakim sedangkan kemungkinan besar kedua-dua pasangan itu berada di Malaysia.

“Laporan juga dibuat atas isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kerana dalam rakaman yang tular membabitkan timbalan menteri itu, dilihat sekurang-kurangnya tiga individu berada di dalam bilik yang sama tidak termasuk individu yang memegang kamera,” uja