Didik anak kenali wajah ‘penjenayah’ di sebalik skandal 1MDB

Didik anak kenali wajah ‘penjenayah’ di sebalik skandal 1MDB

Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa seluruh keluarga di negara ini mendidik anak-anak mereka supaya mengenali wajah-wajah 'penjenayah' di sebalik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa seluruh keluarga di negara ini mendidik anak-anak mereka supaya mengenali wajah-wajah ‘penjenayah’ di sebalik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, anak-anak perlu diberi kefahaman bahawa skandal 1MDB ini telah mambawa malapetaka yang merosakkan negara sekaligus meletakkan kehidupan mereka akan datang dalam keadaan tidak menentu.

“Dengan kesannya yang tidak sedikit kepada negara, saya menggesa supaya ibu bapa mengisi masa lapang untuk mengajar anak-anak di rumah mengenali siapa sebenarnya penjenayah 1MDB.

“Oleh kerana isu 1MDB ini berkepentingan ramai dan lebih RM40 bilion wang negara diselewengkan, maka menjadi kewajipan untuk rakyat tahu dan bertindak bagi menghukum mereka yang terlibat dengan skandal ini melalui proses perundangan atau selebihnya melalui peti undi pada PRU14 akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata sejak skandal ini dibongkar, imej negara tercemar di mata dunia malah keadaan negara menjadi rosak kerananya.

Penyiasatan kes ini menyebabkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ada yang ‘ditamatkan’ dan ditukar.

“Di negara lain yang berkait 1MDB, penjenayah-penjenayah ini diburu dan diambil tindakan sedangkan di negara kita siasan kes ini ditutup walaupun skandal ini berpunca secara langsung di Malaysia.

“Oleh itu didikan ibu bapa menjadi elemen paling berkesan untuk memastikan kesedaran lebih cepat di kalangan rakyat agar mereka dapat bertindak untuk menyelamatkan negara daripada penjenayah-penjenayah ini,” katanya.

Setakat ini, beberapa negara yang terlibat sedang melakukan siasatan terhadap 1MDB dan Singapura menjadi negara terpantas bertindak dalam memburu penjenayah itu, dengan menutup BSI Bank dan Falcon Private Bank serta mendakwa bekas kakitangan bank-bank tersebut yang didakwa terlibat dalam skandal itu.

Ia diikuti kerajaan Australia apabila Polis Persekutuan negara itu menyiasat sama ada mana-mana rakyat, pemastautin atau firma Australia terlibat dalam skandal 1MDB.

Berita mengenai peranan Australia dalam siasatan 1MDB timbul hanya seminggu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggalkan negara itu selepas beliau dan keluarganya bercuti di sana.

TAGS