Dihalang masuk Sarawak: Rakyat patut tukar Ketua Menteri

Dihalang masuk Sarawak: Rakyat patut tukar Ketua Menteri

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Shazni Munir Mohd Ithnin hari ini ditahan di Lapangan Terbang Sibu jam 7.57 pagi tadi.

Beliau turut tidak dibenarkan masuk ke negeri itu untuk bersama mengadakan kempen bagi parti itu menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak pada 7 Mei ini.

“Saya selamat sampai di Lapangan Terbang Sibu tepat jam 7.57 pagi. Beratur panjang dan menunggu dengan penuh pengharapan bahawa keberadaan saya di sini dirai atas semangat demokrasi bersempena Pilihanraya Negeri Sarawak yang sedang berlangsung.

“Malangnya ketika melalui imigresen, pegawai imigresen yang bertugas meminta untuk saya masuk ke Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Sibu.

“Sambil berjalan masuk, pegawai yang membawa saya menjerit pada rakan sepejabatnya, “Senarai ‘A’!” Kemudian saya dipersilakan duduk di sebuah bilik dan diminta untuk menunggu.

“Sekitar 20 minit, saya keluar ke ruang kubikel pejabat dan bertanya samada saya dihalang masuk. Pegawai berkenaan mengakui bahawa saya termasuk dalam senarai “NTL” dan tidak dibenarkan masuk Sarawak.” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau mengatakan sedang sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi ini.

Shazni Munir berkata, beliaau tidak pasti atas justifikasi apa kerajaan negeri Sarawak pimpinan Adnan Satem menghalangnya memasuki Sarawak.

“Sebelum ini saya tiada masalah untuk masuk ke Bintulu dan telah pun menggerakkan jentera pilihanraya Pemuda Amanah di sana.

“Jika faktor ‘pembangkang’ yang menjadi pertimbangan beliau, jelas Adnan Satem gagal memahami makna demokrasi yang beliau kini kenderai untuk memegang kuasa sebagai Ketua Menteri Sarawak.

“Untuk rakyat Sarawak, PRN ini merupakan medan paling penting untuk kita menghantar signal penolakan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

“Kita sudah tidak mampu mengekalkan beliau sebagai pemimpin. Jika anda mengundi disebabkan sentimen Adnan Satem (lebih baik daripada Taib Mahmud), ketahuilah bahawa anda sedang mengukuhkan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri.

“Sejujurnya, anda – rakyat Sarawak – berhak mendapat Ketua Menteri yang lebih baik daripada Adnan Satem dan Taib Mahmud. Kita – rakyat Malaysia – berhak juga memperoleh Perdana Menteri yang lebih jujur dan telus berbanding Najib Razak,” ujarnya.

Sebagai rekod Setakat ini lebih 30 ahli parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik termasuk seorang pemimpin Umno dihalang memasuki Sarawak.

Ia termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad, Editor Sarawak Report Clare-Rewcastle Brown juga disenarai hitam.

Selain Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos dihalang masuk ke Sarawak.

Adenan berkata larangan tersebut bagi menjaga keharmonian negeri itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRN Sarawak ke-11 pada 7 Mei depan manakala hari penamaan calon pula sedang berlangsung hari ini.

TAGS