Ikan keli goreng merupakan salah satu jenis hidangan yang cukup sederhana namun sebenarnya sangat sukar untuk disediakan.
Mungkin terlihat remeh, punca ikan ini sukar untuk disediakan adalah kerana tukang masak perlu berdepan dengan ‘letupan’ minyak setiap kali hidupan laut itu digoreng.
Namun siapa sangka, rupa-rupanya ada petua yang boleh diikuti bagi mengelakkan ikan ini meletup semasa ia berada dalam kuali ketika digoreng dengan minyak panas.
Ilmu menggoreng hidupan laut yang berlendir ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Rohayu Naura menerusi satu hantaran tular di platform tersebut.
“Sedikit ilmu supaya minyak tidak meletup semasa menggoreng ikan keli. Kamu semua jangan terpedaya dengan ikan yang besar. Jangan ambil (beli) ya.
“Percayalah ikan keli besar tak sedap. Isi dia liat, pilih ikan keli yang kecil dan ‘comel-comel’ sahaja, ya,” kata Rohayu Naura yang turut mencadangkan keadah pemilihan ikan.
Cara-cara menggoreng ikan keli:
1. Mulanya, basuhkan ikan keli secara ala kadar dahulu. Kemudian, potong kepalanya lalu kelarkan pada bahagian badan hidupan laut tersebut.
2. Letakkan tepung gandum dan air perahan limau kasturi. Lumur secara rata sambil meramas ikan sehingga keluar lendir. Jangan pula terlalu kuat sampai hancur ikan.
3. Masukkan sedikit air dan sambung ramas semula. Kemudian, barulah boleh basuh ikan berkenaan dengan bersih dari segala gandum bersama lendiran yang melekat.
4. Apabila ikan sudah bersih, letakkan garam dan kunyit mengikut selera anda. Panaskan minyak dan goreng hidupan laut itu tanpa perlu risau ia akan meletup.
“Suap! Kamu semua boleh makan sahaja dengan nasi berkuahkan kicap. Kalau akak suka masak sambal, makanan kegemaran suami.” Ulas Rohayu lagi.
Baca juga: Iqbal Zulkefli tak sabar nak potong perut, terbaca komen wanita suka lelaki kurus