Dijangka hampir semua 106 cawangan bahagian Pagoh bawa usul tolak Presiden

Dijangka hampir semua 106 cawangan bahagian Pagoh bawa usul tolak Presiden

Persidangan Mesyuarat Ketua-Ketua Cawangan Umno,  Bahagian Pagoh dijangka akan menyaksikan sokongan padu hampir semua 106 cawangannya untuk membawa usul undi tidak percaya dan menolak Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Persidangan Mesyuarat Ketua-Ketua Cawangan Umno,  Bahagian Pagoh dijangka akan menyaksikan sokongan padu hampir semua 106 cawangannya untuk membawa usul undi tidak percaya dan menolak Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Malahan daripada 26 Bahagian di  negeri Johor sebanyak 13 Bahagian menyatakan kesediaan ketua-ketua cawangannya  untuk membawa usul sama di peringkat mesyuarat cawangan masing-masing.

Pengerusi Gabungan Ketua-ketua Cawangan (GKCM) Negeri Johor, Mohd Solihan Badri mengesahkan perkara ini kepada Malaysia Dateline.

Dimaklumkan hampir semua ketua-ketua cawangan mempunyai persefahaman untuk mengusulkan undi tidak percaya dan mendesak pengunduran Najib dalam mesyuarat yang akan diadakan pada 25-27 Mac dan 3-4 April ini.

“Kalau ada pun hanya satu atau dua cawangan yang mungkin kata mereka menyokong padu kepimpinan Najib. Kita yakin hampir semua cawangan akan menolak Najib,” dakwa Mohd Solihan ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Beliau berkata, hanya dua misi utama akan dibawa dalam mesyuarat itu iaitu usul tidak yakin dengan kepimpinan Presiden yang juga Perdana Menteri dan mendesak pengundurannya sebelum Pilihan Raya Umum ke 14.

Semalam telah berlansung Perasmian Persidangan Ketua-ketua Cawangan Bahagian Pagoh yang dirasmikan Ketua Bahagian Tan Sri Muyiddin Yassin.

Pengerusi GKCM Negeri Johor Solihan BadriJusteru katanya, GKCM sedang mendekati 13 lagi bahagian untuk mendesak ketua-ketua cawangan di dalam bahagian berkenaan untuk mengemukakan usul ketua cawangan yang sama kepada bahagian masing-masing.

Sejauh mana beliau yakin usul yang dibawa ketua-ketua cawangan ini akan diterima di peringkat bahagian?

Dalam perkara ini Mohd Salihan berpandangan keyakinannya sebahagian daripada 26 bahagian terutama Bahagian Pagoh tidak menghalang sekiranya ada ketua cawangan berbuat demikian.

Ujarnya lagi, sekiranya terdapat dalam mesyuarat bahagian yang tidak mahu perubahan drastik di bawa ke peringkat perhubungan negeri,jawatankuasa usul boleh sahaja tidak menyenaraikannya dalam laporan pernyataan usul mereka.

“ Bahagian tidak akan bantah. Tetapi kali ini kami lebih berhati-hati agar usul tersebut sampai ke pengetahuan Badan Perhubungan Umno Negeri kelak.

“ Kebiasaannya usul daripada cawangan akan dibawa kepada jawatankuasa usul di peringkat bahagian kemudian akan diserahkan kepada perhubungan negeri.

“Kali ini kita buat salinan dan akan hantar terus kepada Badan Perhubungan Negeri, bagi mengelak tindakan tidak adil oleh ketua bahagian terhadap usul yang dibawa oleh ketua cawangan.

“Dari segi moralnya bahagian tidak ada kuasa untuk melarang cawangan mengemukakan sebarang usul untuk dimasukkan sebagai salah satu agenda bahagian.” terangnya.

Persidangan Mesyuarat Ketua-Ketua Cawangan Umno seluruh negara telah bermula semalam sehingga 1Mei depan

TAGS