Penyanyi dan pelakon popular, Bunga Citra Lestari dilaporkan bakal menikah pada 2 Disember ini dengan pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana.
Menurut sumber terdekat penyanyi yang mesra dikenali sebagai BCL itu, pernikahan pasangan kekasih tersebut bakal berlangsung di Bali, Indonesia, lapor Berita Harian.
Difahamkan, majlis perkahwinan yang dilangsungkan di sebuah hotel mewah itu dikatakan cukup eksklusif kerana hanya tetamu tertentu sahaja dibenarkan hadir.
“Memang benar BCL akan bernikah pada 2 Disember ini dan majlis akan diadakan di sebuah hotel mewah di Bali.
“Majlis perkahwinannya sangat eksklusif kerana difahamkan jumlah tetamu yang diundang tak ramai iaitu kurang 100 orang,” kata sumber itu memetik laporan Berita Harian.
Khabar gembira melibatkan penikahan kedua Bunga ini turut disahkan oleh ketua tempat tinggalnya yang terletak di Pejaten Barat dikenali sebagai Asep Ahmad Umar.
Asep memaklumkan, Bunga sudah menyerahkan segala dokumen diperlukan dalam urusan pernikahan dengan jejaka yang bekerja di sebuah bank antarabangsa itu.
Memetik laporan Kompas.com, Asep bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai tarikh mahupun lokasi majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan.
Sementara itu, Tiko Aryawardhana yang berstatus duda bercerai hidup itu juga telah menghantar dokumen termasuk surat pengesahan cerai kepada pejabat agama.
Namun sehingga sekarang, bintang filem Habibie dan Ainun itu belum mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mengesahkan mahupun menyangkal dakwaan tersebut.
Spekulasi mengenai hubungan percintaan antara Bunga dengan Tiko mula timbul selepas bapa tiga anak itu menghadiri majlis hari jadi penyanyi tersebut pada Mac lalu.
Berdasarkan perkongsian di Instagram, Tiko juga dilihat menemani Bunga dalam pelbagai acara dan turut meraikan lebaran bersama keluarga pelantun lagu Wanita Terbahagia itu.
Terdahulu, Bunga pernah berkahwin dengan artis kelahiran Malaysia, arwah Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada 18 Februari 2020 lalu akibat serangan jantung.
Hasil perkahwinan pada 2008 itu, pasangan penuh romantis tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 12 tahun.
Baca juga: Pergi haji naik kapal laut tahun 1924, ramai terkejut kos zaman dulu RM500 je!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio