Rampas suami orang ini, lambat atau cepat pastinya akan terkena kembali kepada kita, apatah lagi jika dijanjikan segala kemewahan yang bukan miliknya.
Seorang wanita terduduk selepas mengetahui semua kemewahan yang dijanjikan oleh suami adalah milik madunya sendiri.
Perkara tersebut diluahnya dalam Facebook Kisah Rumah Tangga dan identitinya dirahsiakan.
Lebih menyakitkan perkahwinan tersebut dipersetujui isteri pertama namun lama-kelamaan madunya mula mengambil kemabali harta benda milik suami.
Bila dikenang kembali, isteri pertama pernah menyekat kad kredit suami ketika sedang berbulan madu.
“Masa aku dan suami pergi honeymoon dekat Langkawi, aku dah booking bilik hotel RM4,500 untuk tiga malam. Tiba-tiba madu aku block kad kredit suami aku.
“Malu masa nak check-in. Terpaksa cancel bilik tu, tukar bilik yang harga RM600 untuk 3 malam. Tapi suami tak nak call bini dia untuk tanya,” kongsinya.
Apabila pulang ke rumah, dia terkejut melihat segala perabot sudah hilang diambil madunya kembali.
“Balik je rumah, kosong, hanya tinggal televisyen, peti sejuk dan satu tilam tanpa katil. Kami tinggal dekat rumah taman, sebelum ni madu aku buat homestay rumah tu, barang-barang lengkap semua.
“Suami beritahu kami kena bayar sewa rumah tu RM250 dekat bini dia. Suami mula bayar juga walaupun aku halang.
“Kereta suami dulu guna Honda HRV, bini dia pergi tukar bagi Viva ja. Madu aku ada dah dua buah kereta besar, Honda ni pun dia nak juga. Malu nak balik rumah mak aku.
“Satu persatu madu aku buat nak bagi kami berpisah. Ya dia tak pernah kasar tapi cara ni dia bagi aku rasa hidup aku dengan suami sengsara,” luahnya.
Rupa-rupanya kesenangan yang dijanjikan sebelum kahwin milik isteri pertama dan suami pula bekerja untuk madunya itu.
Wanita tersebut turut meluahkan mahu berpisah namun malu dengan adik beradik dan memikirkan bayi dalam kandungannya.
Baca juga: Bukan ‘marketing’, Aliff Syukri jual durian RM5 sekilogram untuk bersedekah?