Meskipun mempunyai pelbagai pendapat mengenai penambah perasa seperti Monosodium Glutamate (MSG), ia sebenarnya tidak sebahaya yang ditularkan ramai.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, doktor yang aktif di media sosial, Dr Malar Santhi mempertahan diri selepas dikecam menggunakan MSG dalam masakan di rumahnya.
Jelasnya, ketakutan terhadap MSG ini bermula dari negara barat sekitar tahun 1960-an selepas seorang doktor menulis surat kepada New England Journal of Medicine.
Isi surat itu adalah mengenai gejala selapas dia makan makan masakan cina, antara simptomnya ialah sakit kepala, pening jadi doktor tersebut buat spekulasi MSG dalam masakan menyebabkan simptom.
“MSG selamat dimakan oleh kebanyakan orang jika diambil dalam kuantiti yang bersederhana. Jadi point pertama saya menggunakan MSG adalah tiada kajian saintifik yang menunjukkan ia berbahaya.
“Keduanya, MSG ini diekstrak, diperbuat daripada sumber makanan semula jadi seperti, tomato, ubi kayu, tebu, melalui proses penapaianlah dan
“Ketiga, MSG dalam masakan makanan di rumah adalah sihat dan menyedapkan masakan, ia menyebabkan rasa umami apabila menikmatinya.
“Terakhir sekali, saya gunakan perasa MSG dalam masakan untuk kurangkan pengambilan garam dalam kehidupan seharian. MSG mempunyai 12 peratus sodium manakala table salt pula ada 39 peratus sodium.
“Jadi kandungan sodium dalam ajinamoto yang lebih rendah membolehkan kita mengurangkan pengambilan sodium,” ujarnya dalam video perkongsian.
Apa yang utama ialah tidak kira apa makanan dan kandungan yang diambil, segalanya perlu dilakukan secara sederhana untuk mengurangkan risiko penyakit.
Baca juga: Wanita bergaji RM4,000 lebih menyesal beli Honda City, anggap kesilapan terbesar dalam hidup