Menghadiri perasmian program gunting rambut adalah salah satu majlis yang perlu dihadiri Exco Terengganu, Mohd Nor Hamzah pada hari beliau dipanggil ke mahkamah.
Program tersebut dipaparkan dalam satu jadual yang dimuat naik oleh Mohd Nor di laman Facebook sejurus waran tangkap terhadapnya dikeluarkan.
Postingan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung itu bagai memberi bayangan bahawa beliau terlalu sibuk untuk hadir ke mahkamah.
Semalam, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Nor kerana tidak hadir ke mahkamah.
Mohd Nor perlu menyambung keterangan dalam pendengaran Petisyen Pilihan Raya bagi membatalkan kemenangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang.
Jadual program yang dimuat naik adalah seperti berikut:
9.00 pagi – Perasmian gunting rambut dalam Dun Bukit Payong.
10.15 pagi – Mengiringi Menteri Besar di program Ihya Ramadan di Wisma Darul Iman.
11.30 pagi – Merasmikan majlis penutup program bersama OKU di Maahad Syatibi.
12.30 tengah hari – Merasmikan majlis penutup Jelajah Ilmuan oleh Sheikh Nuruddin Banjar alMakii.
“Petang rabu, PA (pembantu peribadi) saya memaklumkan lawyer (peguam) BN cadang supaya hadir pada 10 pagi Khamis.
“Tetapi, saya mencadangkan petang hari Khamis sebab saya banyak komitmen program pada pagi Khamis. Rakyat mesti diutamakan,” katanya.
Petisyan itu difailkan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Antara isu yang dibangkitkan petisyen berkenaan adalah dakwaan PAS merasuah pengundi dengan pelbagai bantuan kewangan menjelang PRU15.
Baca juga: Gagal hadir ke mahkamah, EXCO Terengganu kena waran tangkap kes petisyen pilihan raya