Sudah menjadi kebiasaan setiap tahun akan ada lagu raya baru, tahun ini dilihat banyak artis menampil pelbagai genre khas buat peminat.
Meskipun lagu raya milik penyanyi Mimi Fly adalah lebih catchy namun ramun ramai tidak senang akan penampilan dan pakaian dikenakannya.
Buat Mimi apa yang penting adalah keselesaan dan baju dikenakan dalam muzik video (MV) lagu raya, Serumpun itu bukanlah satu masalah buatnya lapor Harian Metro.
“Saya tidak berniat mencipta kontroversi melalui lagu Serumpun ini, tetapi terlalu fokus pada karyanya kerana inginkan hasil terbaik sehingga menolak tepi perkara lain.
“Ketika ini, saya sangat obses dengan karya lagu sendiri. Apapun, saya terima segala komen sama ada baik dan buruk, termasuk kalau ada yang tersinggung dengan karya saya itu, saya minta maaf.
“Insya-Allah kalau buat lagu raya lain pada masa akan datang, saya akan memperbaikinya. Bukan niat saya pun nak cetus sensasi, tapi memang saya selesa dengan pakaian (berkemban) itu,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Jelasnya setiap pakaian digunakan dalam muzik video itu terhasil selepas mempelajari sejarah pakaian orang terdahulu.
“Jadi, saya tidak sambil lewa dalam menyediakan pakaian untuk MV Serumpun dan bekerjasama juga dengan pereka fesyen terkenal bagi mempelajari sejarah pakaian orang terdahulu.
“Untuk itu, saya cuma rasa pakaian yang saya kenakan itu cantik dan selesa. Saya dah tengok pakaian orang-orang lama, jadi saya suka.
“Saya nak raikan pakaian dan fesyen kita sebenarnya,” jelasnya.
Penyanyi berusia 39 tahun itu tidak kisah akan segala komen positif mahupun negatif kerana ia menunjukkan masih ada yang mengambil tahu akan muzik dihasilkannya.
“Sekurang-kurangnya ada yang ambil kisah dengan apa saya keluarkan (lagu) kerana sebelum ini saya pernah berada di fasa ketika keluarkan apa-apa saja produk lagu orang tidak kisah.
“Jadi, saya ambil semuanya itu (komen netizen) serta terima kasih diucapkan dan saya akan memperbaikinya selepas ini. Saya benar-benar berterima kasih,” tambahnya.
Baca juga: Bonda Rozita kongsi foto tunai umrah bersama suami baharu, status perkahwinan terjawab