Sering tampil dengan gaya yang lebih moden, anak kepada Azhar Sulaiman, Leona sering manjadi mangsa buli siber disebabkan pemililhan pakaian.
Baru berusia 21 tahun, Leona mengakui tidak memahami mengapa pemakaian dan berat badannya menjadi isu bualan orang ramai.
“Kalau saya gemuk, adakah perkara itu beri kesan kepada anda?
“Minta maaf kalau anda tidak berpuas hati dengan penampilan diri sendiri tetapi anda tidak perlu menunjukkan rasa ‘insecure’ (kurang yakin) apabila melihat saya.
“Saya okey dan gembira dengan penampilan diri sendiri. Itu sahaja paling penting,” katanya menerusi aplikasi X.
Walaupun dikutuk bentuk badannya seperti wanita yang sudah ada lima anak, Leona tidak melatah malah mempersoala adakah badan ibu empunya komen sama sepertinya.
Malah dia turut bersimpati dengan individu yang ada banyak masa terluang hingga perlu menjaga tepi kain orang lain.
“Sekiranya memantau hidup saya memberi kegembiran pada anda, teruskan kerana kehidupan anda sudah terlalu kusut dan saya kasihankan perkara itu.
“Jika boleh memberi keterujaan, saya tumpang bahagia.
“Hidup ini singkat dan jika anda mahu menjalani kehidupan begini, silakan tetapi perlu tahu bahawa kehidupan bukan semata-mata dalam media sosial.
“Letak telefon dan pergilah menjalani kehidupan dunia nyata di sekeliling anda. Saya mengatakan ini kerana ambil berat,” katanya lagi.
Baca juga: Tak putus asa berniaga, Mila Jirin sasar bayar zakat RM1 juta