Malaysia Dateline

Dilema bila berita benar pun orang tidak percaya lagi

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin membuat kesimpulan kepada dilema yang dihadapi oleh banyak pihak sekarang termasuk kerajaan adalah apabila berita benar yang dibawa juga tidak dipercayai orang.

Ia berpunca dari pembawa berita berkenaan tidak lagi diyakini oleh orang ramai.

“Apabila pembawa berita tidak diyakini, berita benar pun orang tidak percayai,” kata beliau menerusi Facebooknya pagi ini.

Tulisan ringkas bekas Penasihat Media Perdana Menteri ini disokong oleh rakan-rakan beliau yang membuat komen.

Muhd Isma Den Mikhail menulis, “Posting pagi pagi Ahad yang terbaik dari A Kadir Jasin…terlalu banyak fake news akibat kerajaan yang gagal untuk perbetulkannya. So bila news yang betul pun orang dah tak percaya.”

Noorzaimah Nur pula mengaitkan catatan ringkas Kadir ini dengan kisah dongeng pemuda dengan serigala.

Apabila beliau berbohong beliau diserang serigala dengan menipu orang kampung, apabila beliau benar-benar diserang orang tidak percaya lagi.

“Cerita dogeng dulukala akan menjadi realiti kebenaran.. kisah pemuda dengan serigala..sama kali cerita ini,” tulis Noorzaimah.