Malaysia Dateline

Dilema rakyat Kelantan: “Vellfire Putih, Tapi Air Merah….”

Spontan komen win ini diucapkan oleh se orang marhaen, ketika se orang menteri melangkah turun dari Vellfire berwarna putih : ‘Vellfire putih, tapi air merah’.

(Foto hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan tulisan saya kali ini.)

Zaman mendengar saja apa alasan yg diberikan pemimpin telah berlalu.
Bila Si Anu Mahu Mandi Sungai?

Ia berlaku Jumaat lepas. Lokasi peristiwa tak perlu saya nyatakan.
Menunjukkan tahap kesabaran rakyat semakin menipis. Juga Rakyat Kelantan mula kritikal terhadap masalah bekalan air yang mereka hadapi.

Seorang penduduk Teluk Rejuna terpaksa mandi di muara Sungai Kelantan setiap hari. Foto diambil semasa beliau mandi lepas pulang dari menangkap ikan di laut

‘Bila si anu nak mari mandi sungai sekali dengan ambo?’.

Juga spontan.

Seorang penduduk Kampug Teluk Renjuna – tak jauh dari Kota Bharu – meluahkan kata-kata meminta Pembesar Kelantan turun mandi sungai bersama beliau di muara Sungai Kelantan.

Beliau merujuk kepada kenyataan win seorang Pembesar Negeri meminta rakyat yang memerlukan air terjun saja ke dalam Sungai Kelantan.

Mungkin satu ‘Pesta Mandi Sungai Pembesar Negeri Kelantan’ boleh diadakan di sini.

Penduduk ini sudah berusia 74 tahun.

Beliau membesar dengan mandi di sungai, sejak dilahirkan.
Beliau mungkin akan meninggal dengan kekal hanya dapat mandi air sungai yang keruh dan kotor.

Penduduk di sini, mengikut beliau, sempat merasa bekalan air Aksb lebih dari lima atau tujuh tahun dulu.

Sejak bekalan air tersebut terputus, penduduk terpaksa ke sungai semula untuk mandi manda dan membersihkan badan.

Mereka mendapat bekalan air bersih untuk minum, memasak dan mencuci dengan memunggah air dalam gelen kecil setiap hari dari tangki air Aksb di Pengkalan Kok Majid.

Kos upah pemandu bot antara RM1 dan RM1.50 satu gelen kecil.
Jika 20 gelen diangkut sehari, RM20 terpaksa dihanguskan. Maknanya, RM600 sebulan belanja tambahan.

Air bersih di pinggir Sungai Kelantan lebih mahal dari di Afrika?
Tak semudah cadangan se orang Pembesar Negeri – ‘terjun sungai belakang Tesco…’.

Penduduk wanita juga terpaksa mandi manda di sungai saja.

Selepas mandi di sungai, mereka terpaksa menggunakan air yg diangkut dari tangki Aksb tadi untuk membilas badan. Jika tidak, badan terasa gatal atau ‘belengas’@melekit kerana air masin atau payau. Selain air sangat keruh dan berlumpur.

Pelik juga. Kenapa enam tujuh tahun dulu Aksb boleh membekalkan air ke sini tetapi tidak sekarang?

Sejak Malam Pertama
Tak Dapat Mandi Di Rumah Sendiri
Ijo – pemuda dari Teluk Renjuna

Dengan nada sedikit sayu dan kesal, Ijo tanpa segan memberitahu, malam pertama beliau bersama isteri tujuh tahun lalu berkesudahan dengan terpaksa menaiki bot bersama isteri ke Kuala Besar esok paginya untuk mandi hadas besar.

Sejak itu, beliau belum dapat merasa mandi di rumah sendiri kerana ketiadaan air.

Sungai jugalah tempat beliau membersihkan badan.

Renung-renungkan lah wahai Tok Wakil dan Para Pembesar.
Air melimpah, tapi air bersih tak ada.

Mana lebih penting didahulukan?

Tukar kereta baru pemimpin Kerajaan atau pasang paip untuk penduduk kampung?

Renung-renungkan lah Rakyat Kelantan sendiri.

#SaveKelantan