Malaysia Dateline

Dimaki pensyarah ‘tak boleh duduk dengan orang B40’: Ini pengalaman bekas pelajar yang tersakiti

Terasa dejavu pula apabila lihat pelajar dimaki pensyarah. Kalau anda nak tahu saya salah seorang pelajar Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU). Rasanya sama fakulti dengan pelajar yang kena maki.

Tiada laptop daripada Semester 1 sampai Semester 6. Ayah dan mak memang tidak mampu nak belikan laptop. Mak pula suri rumah.

Ayah pula dapat tuang minyak kapcai 1 hari RM5 pun dah bersyukur. Kami benar-benar keluarga B40. Kadang-kadang saya rasa B40 punya keluarga pun tidak susah macam keluarga saya.

Semasa Semester 3 (sebulan lebih makmal komputer tutup sebab dalam pengubahsuaian) kaw-kaw kena maki dengan pensyarah sebab tulis tugasan pakai tangan semua kawan print guna laptop. Namun, bukan pensyarah dalam video tu)

Pensyarah saya yang paling garang masa itu baling keluar dari bilik dia tugasan saya. Dia kata sampah apa awak bagi saya ni.

Sejak daripada hari itu laptop rakan serumah saya jadi mangsa.

Saya ambil sebagai cabaran. Hati tisu dan koyak letak tepi yang penting bergraduan dulu.

Walaupun saya bergraduan dengan flying colors hampir 4 flat saya ambil keputusan tidak sambung study one of thing sebab kesan kena lempar kertas di muka tu masih ada. Kesan kata-kata tu masih ada.

Dan laptop juga salah satu perkara besar. Masa dapat surat tawaran sambung pun saya simpan surat itu tidak beritahu ayah dan mak.

Terus kerja dan bisnes sebab adik-beradik saya yang lain semua nak belajar.

Sejak daripada itu, saya selalu cakap dengan diri saya dan hingga anak-anak. Kamu tidak pandai tak mengapa tapi kalau adab tiada kamu di bawah sekali.

Sebab apa yang kita cakap kita selalu akan lupa tapi orang lain yang terkesan dengan percakapan kita takkan lupa sampai bila-bila.

Sekian

Bekas pelajar yang tersakiti 😂

Baca juga: https://malaysiadateline.com/profesor-tak-boleh-duduk-dengan-orang-b40-dikecam-orang-ramai/

Baca juga: https://themalaysialife.com/penjara-dan-denda-rm2000-kalau-kantoi-tidak-puasa-di-kelantan/