Dimarahi ibunda, Aliff Syukri ‘kembalikan’ takhta penyanyi No 1 kepada Siti Nurhaliza

Oleh KIM SYAZIE

Sering mengundang kontroversi, ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kembali menyita perhatian orang ramai baru-baru ini.

Setelah ditegur ibunya, Rozita Ibrahim, Aliff akhirnya memohon maaf kepada penyanyi No. 1 Malaysia atas ketelanjurannya.

Tidak lagi mahu melukakan hati Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aliff akhirnya mengalah dan mengakui status penyanyi itu di industri hiburan.

Akhirnya mengalah setelah dinasihati ibunya, pengasas produk kecantikan itu mendakwa dia tidak akan mengulangi lagi tindakannya.

“Siti Nurhaliza, saya minta maaf dengan awak. Saya tidak sengaja melukakan hati awak. Disebabkan mak saya dah marah saya, saya di belakang awaklah.

“Saya redha Siti Nurhaliza awak no. 1 sebab mak saya dah marah saya. Saya minta maaf dengan awak. Saya tak buat lagi,” katanya.

Lagu diterbitnya selalu tular dan menduduki tempat teratas di laman Youtube, Aliff Syukri sebelum ini mendakwa dirinya merupakan penyanyi No. 1.

Terdahulu, Aliff juga sempat meninggalkan komen mencuit hati pada video promosi tudung yang dimuat naik oleh Siti Nurhaliza.

“Cantiknya awak idola saya. Awak kenal tak saya artis nombor satu ni,” komen Syukri yang turut mendapat balasan mesra dari Datuk Siti.

“Mestilah kenal, awak penyanyi nombor satu. Saya di belakang awak ya.” Balas Datuk Siti.

Baca juga: Ajak orang asing bergambar, rupanya anak yatim nak merasa ada ibu bapa