Diminta berhenti cium mulut anak, netizen suruh PU Riz sekolahkan Noor Nabila

Oleh KIM SYAZIE

Bekas isteri pelakon, Shaarnaz Ahmad iaitu Noor Nabila kembali menjadi perbincangan hangat setelah memuat naik gambar di laman Instagram.

Diambil sempena menyambut hari Raya Aidiladha, Nabila dilihat mencium bibir anak tunggalnya, Jebat Jayden yang berusia lima tahun itu.

Mengundang kecaman, rupa-rupanya tindakan Nabila itu telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan pengikut media sosialnya.

Berkongsi pandangan di ruangan komen, ada seorang individu meminta agar Nabila berhenti mencium Jebat di bahagian mulut.

Individu berkenaan beranggapan bahawa perbuatan itu tidak sesuai dicontohi berikutan Jebat sudah meningkat dewasa.

“Anak dah besar, boleh berhenti ajar cium bibir,” tulis individu tersebut di ruangan komen Instagram sebelum ia dipadam oleh Nabila.

Terkena tempias, pengikut Instagram Nabila itu turut menyeru nama pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.

Menganggap amalan itu salah di sisi agama, pengikut itu mencadangkan agar Nabila meminta pandangan daripada pendakwah tersebut.

PU (Pencetus Ummah) Riz adalah suami kepada usahawan selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu adik kandung kepada Noor Nabila.

Menurut perspektif agama, hukum mencium mulut anak yang belum baligh adalah ‘harus’ selagi perbuatan itu tidak menimbulkan fitnah.

Boleh menyebarkan kuman dan penyakit pada anak kecil, amalan ini juga tidak digalakkan dari sudut perubatan.

Baca juga: Seram bila tahu Inspektor Sheila cari calon suami, “Lans Koperal boleh cuba?”