Malaysia Dateline

Tidak kira fasa berapa, hanya pelanggan lengkap vaksin dibenarkan dine-in

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pelanggan yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk makan di mana-mana kedai atau restoran.

Beliau berkata, peraturan dikuatkuasakan tidak kira status sesebuah negeri itu berada pada fasa berapa sekali pun.

“Keistimewaan makan di kedai adalah untuk semua fasa pemulihan. Keperluan vaksinasi lengkap untuk dine-in kekal bagi semua fasa pemulihan,” ciap beliau.

Bagaimanapun katanya, peraturan yang dikeluar oleh Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Jabatan Perdana Menteri mengenai SOP baru itu belum dikemaskinikan.

Berikutan itu, katanya satu kenyataan rasmi berhubung perkara ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Hari ini Lembah Klang telah beralih kepada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN)