Diperlekeh sebab hargai kasut ‘fake’ mak beli, adik Arman dapat kasut original

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang ramai tak menghargai hadiah pemberian ibu bapa hanya kerana ia adalah murah dan bukan original.

Namun masih ada budak-budak yang tahu akan bebanan ekonomi dan teruja menerima hadiah meskipun ia murah.

Tular sebelum ini mengenai seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Arman susulan menjadi mangsa buli netizen gara-gara memakai kasut sukan jenama tiruan.

Malah ibunya memuat naik komen memaklumkan kasut yang dibeli hanyalah RM80 kerana tidak mampu membeli kasut mahal dan sebolehnya hanya mahu memenuhi permintaan anaknya.

Disebabkan itu, stesen radio Era FM menghadiakan kasut ‘original’ untuk seisi keluarga Arman dan video tersebut menjadi tular.

Tidak mahu membesarkan isu kecil, Arman memaklumkan dia sudah memaafkan mereka yang menghinanya dan tidak akan buang kasut hadiah daripada ibunya.

“Saya tak akan buang kasut ni (kasut dibeli ibunya), saya akan simpan ia.

“Saya nak ucapkan terima kasih semua yang menyokong saya. Saya mendoakan semoga semua sihat dan dimurahkan rezeki.

“Saya maafkan mereka. Harap jangan berlaku dekat orang lain,” ujarnya dalam video di TikTok.

@era.je

Arman ingat tau nak lari guna kasut ni boleh, tapi jangan sampai lari rumah pulak. Lepastu bila dah dapat kasut baru tu, kasut lama yang awak dapat hadiah dari ibu tu simpan tau, hargai pemberian dari ibu awak. 😭 Kalau tak pun awak ikut macam uncle Nabil dengan Uncle Pak Azad cakap, sebelah guna yang mak bagi tu, sebelah lagi guna yang baru.😂 #sharERA #3PAGIERA #ERARadioNo1PalingLegit #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

Bagaimanpun, barisan penyampai radio Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin tidak menyokong keputusan Arman memaafkan netizen yang mengutuknya.

Menurut Radin, pengguna media sosial seharusnya tidak mengeluarkan kata-kata kesat atau meninggalkan komen yang akan memberi kesan kepada individu terbabit.

“Saya mengharapkan agar perkara ini tidak berulang. Sebaiknya kita menjaga tutur kata kerana kita tidak tahu apa yang orang itu lalui.

“Saya juga sangat berbangga dengan sikap Arman yang memaafkan mereka. Arman kanak-kanak yang rendah diri.

“Paling penting dia lebih mengutamakan kedua orang tuanya berbanding orang lain. Ingat, tidak perlu kaya untuk membahagiakan orang lain,” katanya.

Baca juga: Kaunter mahkamah syariah tutup awal, luahan wanita nak tuntut nafkah raih perhatian menteri agama