Diplomat Korea Selatan, AS adakan perbincangan mengenai Korea Utara

Diplomat Korea Selatan, AS adakan perbincangan mengenai Korea Utara

Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan perbincangan dua hala di Washington pada Khamis yang antara lain berhubung isu Korea Utara, lapor agensi berita Yonhap.

Korea Selatan diwakili Menteri Luarnya Kang Kyung-wha manakala AS diwakili Setiausaha Negara Mike Pompeo.

Menurut jurucakap kementerian, Noh Kyu-duk, Kang dalam rangka lawatan ke AS mewakili negara ke istiadat pengebumian bekas Presiden George Bush.

Kedua-dua pemimpin dijangka bertukar-tukar pandangan, ketika Korea Selatan bersiap sedia menyambut kedatangan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dan AS mungkin mengadakan sidang kemuncak kedua antara Presiden Donald Trump dan Kim dalam waktu terdekat.

Korea Selatan dan AS melancarkan kumpulan kerja pada 20 Nov lalu bagi membincangkan dasar Korea Utara yang diketuai wakil khas Seoul, Lee Do-hoon dan wakil khas Washington, Stephen Biegun.

— BERNAMA