Diseksa, diejek mentua selama 8 tahun, ayah raikan penceraian anak perempuan

Oleh MAISARAH AISYA

Keluarga mana yang sanggup melihat anak diseksa selepas berkahwin apatah lagi terpaksa menanggung kesakitan seorang diri.

Di India, punca pergaduhan antara suami isteri biasanya dimasuk campur oleh keluarga lelaki terutamanya melibatkan dowri.

Dowri adalah hadiah diberi oleh pihak pengantin perempuan untuk memikat keluarga pengantin lelaki.

Menurut portal berita News X, seorang bapi meraikan anak perempuannya yang kembali ke rumah di Kanpur, negeri Uttar Pradesh selepas sah bercerai.

Bapa wanita tersebut, Anil Kumar meluahkan rasa gembira dengan keputusan anaknya untuk bercerai dengan suami.

Sejurus penceraian itu disahkan, wanita tersebut dihantar pulang ke pangkuan keluarganya yang menyambutnya dengan gembira.

Wanita berusia 36 tahun dikenali sebagai Urvi adalah seorang jurutera di Lapangan Terbang Palam, New Delhi.

Dia memilih untuk berkahwin dengan seorang jurutera komputer pada 2016 dan menetap di Delhi serta mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinannya.

Namun terdapat tuduhan mentua Urvi mengganggunya kerana masalah hantaran perkahwinan.

Masalah itu menyebabkan wanita itu memfailkan perceraian dan mahkamah kemudian membenarkan Urvi bercerai.

“Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan hubungan kami selepas diseksa, dipukul dan diejek selama lapan tahun.

“Namun, ia akhirnya putus (perkahwinan hancur),” ujar wanita berkenaan.

Anil berkata, dia mengupah sebuah kumpulan muzik gendang untuk meraikan anak perempuannya kembali ke rumah selepas bercerai.

Baca juga: Berpuluh tahun terpisah, warga emas teruja dapat kahwini cinta pertama di usia 86 tahun