Disiplin politik: Yang betul, yang salah

Disiplin politik: Yang betul, yang salah

Berita terkini mengenai seorang penyokong tegar bekas PM (dikatakan) dipecat dari parti merupakan sesuatu yang agak menarik.

Melihat akan kehidupan mereka yang menceburi politik memang menarik kerana kita mendapati dan mengetahui mereka adalah yang sering tidak bersetuju diantara satu sama lain.

Mereka tidak bersetuju dengan cara hidup mereka.

Siapa yang patut mendapat apa? Bagaimanakah kuasa dan sumber lain dibahagikan? Adakah masyarakat perlu berasaskan kerjasama atau konflik? Dan sebagainya.

Mereka juga tidak bersetuju dan sependapat tentang bagaimana perkara-perkara tersebut perlu diselesaikan.

Bagaimana keputusan kolektif dibuat? Siapa yang sepatutnya memberi kata putus? Berapa banyak pengaruh yang harus dimiliki setiap orang? Dan sebagainya.

Bagi Aristotle, ini menjadikan politik sebagai ‘sains induk’: iaitu, tidak kurang dari kegiatan yang mana manusia berusaha memperbaiki kehidupan mereka dan menciptakan ‘Masyarakat Baik’.

Politik adalah aktiviti sosial secara keseluruhan. Ia sentiasa merupakan aktiviti dialog, dan tidak pernah menjadi monolog.

Individu yang sering bersendirian mungkin dapat mengembangkan ekonomi yang mudah, menghasilkan seni, dan sebagainya, tetapi mereka pastinya tidak dapat terlibat dalam politik atau pun sesuai berpolitik.

Politik muncul hanya dengan kedatangan dan kehadiran seorang lelaki (atau wanita) yang merupakan pembantu atau pengacau keadaan..

Walau bagaimanapun, perselisihan yang berlaku di tengah-tengah keadaan politik juga memanjangkan sifat subjek dan bagaimana ia perlu dipelajari.

Orang ramai tidak bersetuju mengenai apa yang membuat interaksi sosial ‘politik’, sama ada di mana ia berlaku (di dalam kerajaan, negeri atau masyarakat umum), atau jenis aktiviti yang terlibat (secara aman menyelesaikan konflik atau menjalankan kawalan keatas kumpulan yang kurang berkuasa).

Perselisihan pendapat tentang sifat politik sebagai disiplin akademik bermakna ia merangkumi pelbagai pendekatan teoritis dan pelbagai sekolah analisis.

Kecenderungan globalisasi telah menggalakkan beberapa orang untuk membuat spekulasi bahawa perpecahan disiplin antara politik dan hubungan antarabangsa kini menjadi berlebihan.

Disiplin sangat penting untuk setiap pembelajaran. Ia sangat penting untuk sebarang pengajaran. Ia juga sangat penting untuk keamanan dan keharmonian dalam mana-mana persekitaran pembelajaran: keamanan antara pelajar, guru dan pentadbiran termasuk kesejahteraan antara penyokong dan pemimpin.

Itulah sebabnya disiplin hendaklah dan diperlukan disemai dalam institusi politik, pekerjaan dan  bilik darjah untuk mendapatkan yang terbaik daripada ‘pihak berkepentingan’ anda.

Disiplin boleh ditakrifkan seperti berikut:

Dalam erti kata yang paling umum, disiplin merujuk kepada arahan sistematik yang diberikan kepada ‘pihak berkepentingan’.

Untuk disiplin, ini bermakna untuk mengarahkan seseorang untuk mengikuti kod tatalaku ‘perintah atau arahan’ tertentu.

Di dalam bilik darjah, disiplin dianggap sebagai kod tingkah laku yang guru dan pelajar bersetuju dan bekerjasama dalam penguatkuasaannya.

Ianya menuntut kerjasama dan perjanjian dalam pengurusan bilik darjah.

Apabila peraturan ditetapkan oleh semua peserta pembelajaran dan mengajar, sukar bagi mereka untuk menafikan atau menolak tindakan disiplin jika berlaku pelanggaran peraturan.

Begitulah juga dalam senario di tempat kerja dan juga dunia politik. Kita tidak boleh tidak berkata tidak mengapa kepada sesuatu keadaan dan tidak mengapa bagi sesetengah individu.

Yang betul adalah betul, yang salah tetap salah.
Berlakunya atau punca ‘tidak berdisiplin’ atau ‘ketidakpedulian’ pada arahan biasanya adalah kerana ‘unsur-unsur’:

1. Pilih kasih atau ‘favoritism’. Ini sering dan kerap berlaku kerana seorang pemimpin akan lebih memihak kepada ‘mereka’ yang berada dibawah kepimpinan dan pengurusan mereka.

Pihak lain mungkin melihat ini sebagai tanda bahawa semuanya dibenarkan untuk ‘mereka yang tertentu’ walaupun peraturannya telah termaktub.

Pihak lain juga boleh melihat keistimewaan ini sebagai satu kesalahan terhadap mereka yang membawa kepada pemberontakan.

Oleh kerana peraturannya tidak dikuatkuasakan: apabila seorang itu tidak dihukum atau tidak diambil tindakan sewajarnya kerana melakukan kesalahan, dia akan melakukan dan mengulangi lebih banyak kesalahan.

Sering berlakunya hal ini adalah kerana kurang komunikasi, dimana peraturannya tidak diterangkan dan difahami dengan jelas.

Hubungan pemimpin dan penyokong adalah penting untuk sebarang proses pembelajaran.

Sekiranya terdapat kerosakan dalam hubungan ini, ketidakpedulian akan muncul menjelma.

Apabila seorang ketua tidak memenuhi peranannya sebagai pemimpin, pasti ada penyokong atau pengikut  yang akan senang mengambil peranan ini. Oleh itu, ketidakpedulian muncul.

Apabila penyokong atau pengikut  tidak bermotivasi, mereka cenderung bekerja dengan cara yang tidak berdisiplin.

Sikap dan tabiat buruk ini sering diperolehi dari pengalaman pembelajaran yang diperolehi sebelumnya.

Sekali penyokong tegar, sebagai contoh, telah membentuk kebiasaan untuk ‘menentang’ peraturan berat sebelah, sukar bagi mereka mengubah tingkah laku ini

*Penulis  adalah seorang pendidik senior