Malaysia Dateline

Diskaun 10 peratus di Jambatan Sultan Abdul Halim sempena perayaan Krismas

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menawarkan diskaun 10 peratus bagi kadar tol untuk semua kelas kenderaan di Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) mulai jam 12.01 hingga 11.59 malam pada 25 Disember sempena sambutan perayaan Hari Krismas.

Pengarah Urusan JKSB Datuk Ir Mohd berkata diskaun itu sebahagian daripada inisiatif tanggungjaawab sosial korporat (CSR) syarikat yang berterusan dan sebagai penghargaan kepada pengguna terutama di musim perayaan ini.

“Pengguna yang memasuki jambatan dari Lebuhraya PLUS melalui Plaza A Plaza Ton Bandar Cassia akan menikmati kadar ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dianggarkan 22.000 kenderaan mengunakan jambatan itu setiap hari dan jumlah ini akan meningkat semasa musim perayaan, cuti umum dan cuti sekolah.

“Lebih daripada 21juta kenderaan telah menggunakan JSAHMS sebagai laluan pilihan mereka ke Pulau Pinang dari Seberang Perai dan sebaliknya sejak pembukaannya tiga tahun lalu pada Mac 2014.” katanya.