Diskaun tol 10 peratus di MEX pada Tahun Baharu Cina

Diskaun tol 10 peratus di MEX pada Tahun Baharu Cina

Maju Expressway Sdn Bhd (MESB) memberi diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada para pengguna Lebuhraya Maju (MEX) bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

MESB dalam kenyataan hari ini berkata diskaun itu akan dinikmati oleh semua kelas pengguna lebuh raya tersebut bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada Tahun Baharu Cina.

Dianggarkan lebih 77,000 kenderaan bakal menikmati diskaun ini, katanya.

Untuk maklumat terkini mengenai diskaun tol dan laporan trafik, pengguna boleh melayari laman Twitter dan laman Facebook MEXTraffic, atau hubungi MEX Hotline di 03-83159111.

TAGS