Diskaun tol 50 peratus ketika musim perayaan, apa sebabnya kerajaan buat macam ini?

Oleh KIM SYAZIE

Kerajaan telah mengumumkan pemberian diskaun tol 50 peratus untuk pengguna jalan raya ketika musim perayaan.

Ini bermakna tiada lagi tol percuma seperti yang dilakukan tahun-tahun sebelumnya.

Pun begitu apa punca kerajaan berbuat demikian?

Menurut laporan, kerajaan menanggung kos yang amat besar untuk membayar kepada syarikat konsensi lebuh raya setiap kali tol percuma dilaksanakan.

Dengan keadaan ekonomi negara yang baru nak memulih dan hutang-hutang negara yang perlu dilangsaikan, kerajaan dalam usaha untuk berjimat cermat tetapi tidak membebankan rakyat terbanyak terutama golongan B40.

Jika dikira-kira, untuk tempoh setahun, sekurang-kurangnya lapan kali tol percuma akan diberikan.

Jika 100 peratus ditanggung, kerajaan perlu membayar sekitar RM160 juta.

Tetapi dengan diskaun 50 peratus ini, kerajaan dapat menjimatkan kantung negara dan membelanjakan sebanyak RM80 juta sahaja.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, beliau mendapat aduan mengapa tol percuma diberikan mereka yang kaya raya.

Atas sebab itu, kerajaan kini melaksanakan diskaun tol di samping mengkaji pendekatan yang lebih bersasar membantu rakyat ketika musim perayaan.

Untuk pengetahuan, kos bagi diskaun tol dibiayai kerajaan dengan menggunakan duit rakyat dan bukannya dibiayai syarikat konsesi.

Justeru adalah lebih baik jika duit rakyat digunakan untuk manfaat jangka panjang berbanding diberikan kepada syarikat konsesi.

Baca juga: Masih tak selesaikan hutang, Kim Seri hanya mampu minta maaf