Malaysia Dateline

Diskriminasi pengguna, iPhone tanpa pengecas bateri dihalang masuk Brazil, Apple didenda RM10.5 juta

Telefon bimbit kayangan iPhone tanpa mengira model atau generasi yang didatangkan tanpa pengecas bateri dihalang masuk ke Brazil.

Pihak berkuasa Brazil mengarahkan penggantungan serta-merta pengedaran telefon pintar iPhone tanpa mengira model atau generasi.

Apple telah disiasat di Brazil sejak Disember tahun lalu kerana penjualan produk yang tidak lengkap, diskriminasi terhadap pengguna dan pemindahan tanggungjawab kepada pihak ketiga dengan menawarkan iPhone 12s serta versi yang lebih baharu tanpa pengecas untuk salur keluar kuasa, menurut satu kenyataan rasmi.

Syarikat itu pernah berdepan denda daripada agensi negara Brazil sebelum ini tetapi tidak mengambil sebarang langkah untuk meminimumkan bahaya dan sehingga kini terus menjual peranti selular tanpa pengecas, kata kenyataan itu.

Susulan itu, Syarikat Apple telah didenda lebih daripada 12 juta reais (RM10.29 juta) berhubung isu itu.

Kementerian Kehakiman dan Keselamatan Awam Brazil mengarahkan syarikat dari California, Amerika Syarikat (AS) itu membayar denda 12.28 juta reais (RM10.53 juta).

Menurut pihak berkuasa Brazil, Apple mendakwa bahawa keputusan untuk mengecualikan pengecas daripada jualan iPhone datang daripada komitmen alam sekitar.

Namun, pihak kementerian itu memutuskan tidak ada demonstrasi perlindungan alam sekitar yang berkesan di bumi Brazil akibat daripada dasar Apple dan menuduh syarikat itu mengamalkan diskriminasi yang disengajakan terhadap pengguna.

Baca juga: Tandas 4, pili wuduk 3 saja-Doktor luah rasa sedih betapa daifnya stesen bas negerinya, masih sama 10 tahun lepas

Baca juga: Warga emas maut dalam kebakaran selepas terperangkap dalam rumah