Disogok RM5juta: Guan Eng saran Syed Saddiq lapor SPRM

Disogok RM5juta: Guan Eng saran Syed Saddiq lapor SPRM

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dinasihatkan agar segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ditawarkan RM5juta yang didakwa diterimanya daripada orang kanan perdana menteri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak hairan dengan sogokan yang ingin diberikan pihak lawan Pakatan Harapan berkenaan yang disogokkan kepada Syed Saddiq.

“Saya tidak terkejut pun. Beliau perlu segera buat laporan kepada SPRM,” kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP secara ringkas memetik laporan Buletin Mutiara.

Semalam, Syed Saddiq dalam sidang medianya mendakwa ditawarkan RM5 juta daripada “penasihat kanan perdana menteri” untuk meninggalkan perjuangan Bersatu dan seterusnya mengambil biasiswa bagi melanjutkan pengajian di Universiti Oxford.

Tawaran berkenaan, katanya, dibuat oleh “rangkaian sistematik dedak” yang didakwanya dirancang oleh penasihat kanan terbabit.

“Semua ini dirancang oleh penasihat kanan (Perdana Menteri) Najib Razak.

“Saya ditawarkan RM5 juta untuk tinggalkan Bersatu dan mengambil biasiswa ke Universiti Oxford.

“Saya tidak akan tinggalkan Bersatu dan akan terus di sini mendedahkan rangkaian sistematik dedak ini,” katanya seperti dilapor media.

Sementara itu, Guan Eng yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan berkata, beliau akan menyerahkan kepada Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan sama ada akan membincangkan isu berkenaan dalam mesyuarat majlis presiden kelak.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS