Pertandingan Famili Duo 3 yang melabuhkan tirainya pada Ahad lalu menyaksikan duo pelawak, Sharif dan Saiful Zero memenangi tempat pertama mengalahkan penyanyi berbakat Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.
Mengulas kekalahannya, Haqiem mengakui tidak berkecil hati meskipun ditewaskan oleh pelawak dalam konsert akhir tersebut..
Memetik media, Haqiem berkata menang dan kalah adalah adat pertandingan malah dia percaya apa yang berlaku berbalik kepada rezeki masing-masing.
Katanya, semua orang yang berpontensi, layak untuk bergelar juara tidak kiralah mereka penyanyi atau pelawak.
“Saya okey sahaja, jujurnya saya dah melalui perkara sebegini banyak kali dan ada yang saya menang, ada sebaliknya.
“Dahulu saya masuk rancangan Mentor Milenia pun minggu pertama sudah tersingkir, jadi saya sudah terbiasa, adat bertanding begitulah, takkan semua kita mahu menang,” katanya.
Namun penyanyi berusia 25 tahun itu berkata, melibatkan diri dalam Famili Duo secara tidak langsung membuka matanya untuk mempertingkatkan kebolehan dirinya sebagai anak seni.
“Platform Famili Duo sangat bagus untuk saya tingkatkan lagi mutu persembahan, mungkin selepas ini aksi saya lebih berkonsep atau ada penari dan sebagainya.
“Saya tahu penyanyi bukan sekadar menyanyi tetapi perlu menjadi penghibur,” ujarnya.
Pelantun lagu Tergantung Sepi itu tidak menolak kemungkinan akan fokus kepada seleksi rancak termasuk dangdut dan bukan hanya tertumpu kepada genre balada sahaja.
Sekadar info, Haqiem Rusli dan sepupunya, Ariff Bahran menduduki tempat ketiga dengan meraih markah sebanyak 58.3 peratus. Juara Sharif dan Saiful mendapat 81 peratus manakala Adira dan Emma Suhaimi (60.6 peratus).
Baca juga: Patutlah kereta baru cepat rosak, rupanya selalu buat 6 tabiat ini – “Nombor 2 orang kerap buat!”