Tular sebelum ini mengenai seorang wanita menyatakan bahawa dia ditipu rakan perniagaan yang juga seorang selebriti.
Tidak berdiam diri dan teruskan mengumpul bukti, pelakon Puteri Sarah akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap stafnya, Nazatul Nazira.
Puteri Sarah turut mrmuat naik perincian saman tersebut ke semua media sosialnya semalam.
Dapat dilihat banyak kata-kata kurang enak dilemparkan kepada pihak Sarah dan menyatakan bahawa pelakon tersebut mengambil dadah.
Nazatul juga mengakui dirinya adalah rakan kongsi, menggelar Puteri Sarah seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’
Malah melabel Sarah sebagai seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.

Disebabkan itu Sarah membuat keputusan memfailkan saman tersebut yang dikira berbaur fitnah dan bertujuan menjatuhakn reputasinya.
Antara tuntutan daripada pihak Sarah adalah permohonan maaf secara terbuka daripada pihak terbabit selain ganti rugi sebanyak RM1 juta.
“Menarik semula keseluruhan kenyataan yang tidak benar dan fitnah tersebut dan membuat satu permohonan maaf kepada anak guam kami (Sarah) secara terbuka.
“Ganti rugi sebanyak RM1 juta secara berasingan sebagai ganti rugi untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej anak guam kami.
“Serta tekanan psikologi dan/atau mental dan/atau emosi yang dialami olehnya,” antara tuntutan dalam surat dikongsikan Sarah di Instagram.
Rata-rata netizen sudah mula membanjiri Instagram wanita tersebut yang dilihat sangat sopan namun tidak menjaga percakapan.
“Muka dah sopan tapi buat status cakap orang ambil dadah la bodoh sombong la. Awak tu nampak muslimah. Berhandsock bagai. Tapi perbuatan tak seiring pemakaian
“Ayat bukan main ‘Allah ada’. kita tu kalau duk aniaya orang fitnah cakap bukan-bukan, tolonglah jangan guna nama Allah untuk tutup salah.
“Tengok muslimah sopan je, tapi mulut lebih tajam daripada perwatakan diri,” antara komen ditinggalkan di Instagram wanita tersebut.
Baca juga: Pernah dilamar Sudirman, tak sangka ini alasan Zaiton Sameon tolak pinangan