Perubahan wajah Timbalan Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi sedang menjadi perbincangan hangat di kalangan pengguna media sosial.
Menyita perhatian, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mula hadir ke beberapa program rasmi dengan mengenakan kaca mata hitam.
Mengundang tanda tanya, persoalan itu terjawab setelah Zahid tampil di khayalak ramai tanpa berkaca mata bersama wajah yang membengkak.
Paling ketara, kedua pasang mata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu tampak sangat sembab dan mempunyai kesan pembedahan.
Mencetus spekulasi, timbul dakwaan bahawa Zahid telah menjalani pembedahan kosmetik di Korea Selatan agar kelihatan lebih menarik.
Tidak ingin fitnah terus tersebar, anak perempuan Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah tampil menjelaskan perkara sebenar.
Bukan seperti sangkaan sesetengah pihak, Hidayah mendedahkan bahawa bapanya melakukan pembedahan plastik untuk merawat saraf mata.
Tidak lagi berfungsi dengan baik, keadaan itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan Presiden UMNO, jika tidak dirawat.
“Saraf mata dia tak berfungsi, sebab itu mata dia jadi jatuh. Buat muka buat apa, bukan ‘Super Star’ pun. Kalau sampai mudarat, kena buat sesuatu.
“Tapi biasalah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar,” tulis Hidayah menjawab soalan pengikutnya di laman Instagram.
Terdahulu, Nurulhidayah memuat naik sekeping gambar keluarga yang turut memaparkan wajah ‘lama’ Zahid di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikut kemudian membanjiri ruangan komen hantaran tersebut dengan persoalan mengenai perubahan wajah bapanya.
Tidak melenting, Hidayah berkongsi kenyataan mengenai situasi sebenar perubahan wajah Zahid di ruangan komen yang sama.
Tambah Nurulhidayah, bapanya itu sedang melalui fasa pemulihan dan dijangka bakal sembuh tidak lama lagi.
Baca juga: Diminta berhenti cium mulut anak, netizen suruh PU Riz sekolahkan Noor Nabila