Dituduh sailang kekasih Merqeen, Amir Ahnaf perjelas tidak pernah rampas Anna Jobling dari sesiapa

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Anna Jobling dan ‘merampas’ aktres itu daripada aktor, Meerqeen.

Anna sebelum ini kuat diperkatakan sedang menjalin cinta dengan Merqeen selepas bekerjasama dalam dua siri drama Melur untuk Firdaus yang ditayangkan di TV3 

Memetik OhBulan, Amir berkata dia dan Anna sekadar berkawan dan mereka mula berkenalan selepas digandingkan menerusi sebuah drama.

Malah, Amir menyifatkan aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu sebagai seorang pelakon yang profesional.

“Anna seorang pelakon yang sangat bagus, pertama kali saya jumpa dengan dia waktu tandatangan kontrak bagi drama yang kami berlakon bersama saya dah dapat rasa vibes.

“Apa yang saya boleh beritahu, saya tidak merampas dia dari sesiapa. Saya hanya mahu buat kerja saya sahaja.

“Ada juga orang yang tinggalkan komen kata saya merampas Anna dari Meerqeen. Kebenarannya, saya hanya bekerja sahaja, Anna seorang yang sangat profesional,” katanya.

Pada masa sama, pelakon yang popular menerusi drama High Council itu berkata, Meerqeen ada datang berjumpa dengannya dan memberikan kata-kata samangat agar dia melakukan yang terbaik ketika bekerja dengan Anna.

“Meerqeen sendiri beri sokongan pada saya untuk buat yang terbaik dalam drama itu

“Kami bertiga tiada masalah pun, mungkin yang mengapi-apikan adalah peminat. Pandangan masing-masing,” katanya lagi.

Baca juga: Patutlah susah kurus, ini 7 makanan paling menggemukkan di Malaysia – “Nombor 7 paling tak sangka!”