Malaysia Dateline

Dituduh tayang punggung, Janna Nick perjelas itu video peminat yang tegur dari belakang, bukan menayang!

Pelakon dan pengarah muda, Janna Nick menyelar tindakan blogger yang sengaja menggunakan tajuk sensasi untuk memanipulasi pembaca.

Dia berkata demikian merujuk kepada satu artikel dari satu portal tempatan yang menggunakan tajuk bernada seksual sehingga membuka ruang netizen mengecamnya.

Artikel tersebut menulis “posing pinggul mantap, Instagram Janna Nick dipenuhi komen lucah”.

“Kadang kadang tak faham dengan penulisan sesetengah blogger. Kalau iya pun ‘headline’ kejar ‘clickbait’, pastikan sumber itu sahih dan tidak memanipulasi pembaca.

“Jangan sampaikan benda yang salah. Orang kita pula sejenis baca tajuk saja. Video yang tular daripada peminat yang hadir ke acara itu,” tulisnya dalam Instagram Story.

Baru-baru ini seorang pengguna media sosial ada memuatnaik rakaman Janna Nick dari sisi belakang yang terlihat bentuk punggungnya.

Janna ketika itu menghadiri majlis tayangan filem Juang.

Susulan itu Janna juga tampil menjelaskan keadaan bahawa rakaman tersebut diambil dari belakang kerana ketika itu peminatnya menyapa dari belakang.

Dia pun menoleh lantas mengajak mereka bergambar bersama dan bukannya mahu menunjukkan punggung seperti yang didakwa ramai.

“Peminat itu seorang perempuan dan dia membawa anak. Jadi, saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat itu untuk bergambar dengan saya.

“Bukan menayang ‘buntut’. Dah dari belakang memanglah nampak punggung. Takkan nampak hidung pulak,” tulisnya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Gatal itu berkata, kasihan jadi perempuan kerana semua perkara mahu dijadikan simbol seks.