Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Dividen KWSP sekarang tidak wajar dibandingkan dengan 10 tahun lepas

Dividen KWSP sekarang tidak wajar dibandingkan dengan 10 tahun lepas

Oleh BERNAMAFebruary 23, 2020 10:28 am




Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP) tidak wajar untuk membandingkan dividen yang diumum pada 2019 dengan pembayaran yang dibuat 10 tahun lepas, kata Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias.

Beliau menjelaskan suasana pada ketika itu amat berbeza dengan sekarang, jadi, tidak adil untuk dipertikaikan.

KWSP hari ini telah mengumumkan dividen 2019 sebanyak 5.45 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.0 peratus untuk Simpanan Shariah, masing-masing melibatkan jumlah agihan RM41.68 bilion dan RM4.14 bilion.

Daripada segi prestasi pasaran saham, KWSP merekodkan pulangan yang paling tinggi berbanding dengan pengurus dana yang lain, katanya.

“Pertimbangan sewajarnya dilihat pada prestasi kita berbanding saingan yang lain daripada sehi kelas aset, kualiti aset, saham serta prestasi mereka pada tahun lepas secara median, mereka beri pulangan sebanyak tiga peratus… KWSP pula beri pulangan lebih tujuh peratus…daripada perspektif KWSP, kita sebenarnya sudah buat yang terbaik,” katanya.

KWSP menjangkakan 2020 akan menjadi satu tempoh yang lebih mencabar berbanding 2019, dengan kesan penularan COVID-19 mungkin mempengaruhi kelembapan pertumbuhan global.

Beliau berkata perang perdagangan Amerika Syarikat-China yang masih lagi tidak menunjukkan tanda akan berakhir menjadi antara risiko ke atas pemulihan ekonomi yang lain.

Alizakri juga menjelaskan dana pelaburan seperti kumpulan wang pekerja tidak boleh membuat keputusan yang tergesa-gesa.

“Ini membabitkan pelaburan jangka panjang, kita tidak boleh menarik diri secara serta merta kalau ada sesuatu yang berlaku atau terus masuk melabur secara melulu.

“Kita mengambil pendekatan berhemah, kita buat kajian dengan betul, kita perlu menjadi konservatif, sebab ini adalah dana persaraan dan bukan sesuatu yang kita boleh pertaruhkan, ada orang cakap mengapa kita tidak membuat pelaburan berisiko, kita tidak boleh berbuat begitu kerana ini adalah wang persaraan dan perlu pastikan wang ini tersedia dengan cukup selepas pencarum kita bersara nanti.

Dalam kenyataan sebelum ini, Alizakri memberi jaminan kepada 14.6 juta anggotanya, yang meliputi lima generasi warga kerja Malaysia, bahawa KWSP maklum dengan tekanan yang sedang meningkat pada dekad baharu ini.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production