Malaysia Dateline

“Do you know who am I? I am KPPA. Berdiri tegak, stand straight now”

Do you know who am I? I am KPPA. Berdiri tegak, stand straight now.” Itu antara kata-kata bernada tengking oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) terhadap Pegawai Kanan Imigresen di KLIA yang sedang tular dalam insiden di KLIA semalam.

Dalam satu kenyataan yang difahamkan melalui Ketua Pengarah Jabatan Imigresen menceritakan bagaimana insiden itu berlaku:

Kejadian itu berlaku pada pada 3 Ogos 2022, antara jam 8.40 pagi ke 9.40 pagi di KLIA.

KPPA menaiki pesawat MH0752 ke Vietnam dan menggunakan Bilik Orang Kenamaan (VIP) KLIA.

Insiden bermula apabila tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP KLIA. Sememangnya, pegawai tidak ditempatkan di sini 24 jam kerana mereka bertugas di kaunter biasa. Pegawai akan datang setelah pemakluman dibuat.

Sejurus itu, Ketua Operasi Imigresen KLIA, Ketua Penolong Penguasa (KPP 48) James Lee telah dipanggil, ditengking, dan diminta supaya berdiri tegak di tengah khalayak ramai.

"Do you know who am I? I am KPPA. Berdiri tegak, stand straight now"

Antara kata- kata yang dikeluarkan oleh KPPA kepada KPP James Lee yang memakai jaket Imigresen;

“Kenapa sorok tangan, ada receive anything ke?”;

Do you know who am I? I am KPPA”;

“Berdiri tegak, stand straight now”;

“Kata-kata di atas telah dilepaskan dalam nada menengking sehingga membuatkan Pegawai Imigresen saya yang berpakaian tugas rasmi berasa terhina di depan khalayak ramai dan menitiskan air mata,” kata kenyataan itu.

KPP James Lee juga merasakan beliau telah dibuli dan dimalukan di hadapan orang ramai, apatah lagi di hadapan pegawai-pegawai beliau sendiri sepanjang perjalanan dari kaunter Imigresen ke Bangunan Satelit, KPP James Lee.

KPP James Lee adalah seorang pegawai yang cekap, berhemah dan sentiasa menjawab panggilan telefon walaupun di tengah malam dan hari cuti.

Selaku Ketua Operasi, tugas KPP James Lee adalah memastikan urusan keluar masuk penumpang antarabangsa di KLIA berjalan lancar. Tugas ini telah dilaksanakan dengan berkesan.

Sikap pegawai kanan kerajaan yang sombong dan angkuh seperti ini boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang memerintah.

Baca juga 2 hari meluncur di jalan raya, Perodua Alza jadi idaman terlibat kemalangan

Baca juga Baru bergelar hajjah jemaah wanita tanggal jubah, bersolek, dan bergaya sakan dalam pesawat