Doa Badrulamin dikritik penyokong Tun Mahathir, PKR pohon maaf

Doa Badrulamin dikritik penyokong Tun Mahathir, PKR pohon maaf

Rumah siap, pahat berbunyi. Itulah gambaran himpunan mansuhkan GST dan undur Najib Razak semalam apabila doa dibacakan bekas Ketua Penerangan PKR, Dr Badrulamin Bahron pada penutup demonstrasi itu mengundang kritikan banyak pihak sehingga PKR terpaksa memohon maaf.

 

Rumah siap, pahat berbunyi. Itulah gambaran himpunan mansuhkan GST dan undur Najib Razak semalam apabila doa dibacakan bekas Ketua Penerangan PKR, Dr Badrulamin Bahron pada penutup demonstrasi itu mengundang kritikan banyak pihak sehingga PKR terpaksa memohon maaf.

Bekas ahli Umno dan Pas, Tamrin Tun Ghafar berkata, doa yang jelas menyindir Mahathir itu tidak wajar diucap ketika hasrat ramai pihak mahu melihat Najib dijatuhkan terlebih dahulu.

“Badrulamin ini tidak mencerminkan nilai-nilai murni Islam yang boleh diteladani. Mulai hari ini tak payahlah gelarkan dia ustaz sebab mencemarkan Islam,” ujarnya.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu turut menyifatkan Badrulamin tidak layak menyampaikan ceramah lagi.

“Sesiapa tolong sampaikan kepada Badrulamin, saya kata dia ini kurang ajar dan biadap. Hentikanlah berceramah di mana-mana termasuk di masjid dan surau.

“Saya lost my respect terhadap makhluk begini,” tegas Tamrin lagi yang juga bekas Pengerusi Mara pada 1991 hingga 1993 itu.

Badrulamin pada penutup himpunan pukul 5.30 petang semalam dilihat seolah-olah mengulang insiden doa laknat oleh Dr Azhari Ariffin atau nama sebenarnya, Dr Azhar Yaakob ketika Muktamar Pas ke-60 di Batu Pahat pada 2014 lalu.

“Kita minta kepada Tuhan tunjukkan kezaliman kepada mereka. Hari ini kamu zalim, kamu terima balasan Tuhan. Kamu ingat kamu Mahafiraun, firaun pun tenggelam,” kata Badrulamin dalam doa itu semalam.

Beliau selanjutnya mendoakan kesejahteraan kepada Anwar Ibrahim yang sedang meringkuk di Penjara Sungai Buloh.

“Hukumlah mereka yang mula-mula memenjarakan Anwar Ibrahim. Berikanlah kekuatan kepada seluruh keluarga dan pemimpin yang memperjuangkan keadilan.

“Berikanlah penghinaan kepada Najib dan pemimpin yang bersekongkol dengan kezaliman BN,” ujarnya lagi dalam doa dibacakan.

PKR mohon maaf kepada Tun Mahathir

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli akan bertemu sendiri dengan Tun Dr Mahathir bagi memohon maaf bagi pihak PKR terhadap doa yang dibacakan Badrol itu.

Beliau juga memohon maaf kerana ada sekumpulan penyokong PKR yang membuat bising ketika Tun Mahathir berucap.

“Islam tidak mengajar kita mengaibkan orang. Bagi saya dosa-dosanya dan kesilapannya biarlah dia di antara dia dan Allah,” kata Rafizi dalam kenyataannya.

 

 

 

TAGS