Doakan kesembuhan buat Mohamed Hanipa dan Asmuni, kata S/A Amanah

Doakan kesembuhan buat Mohamed Hanipa dan Asmuni, kata S/A Amanah

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Mohd Anuar Tahir memohon seluruh kepimpinan Amanah mendoakan kesembuhan kepada Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin yang dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau berkata, Mohamed Hanipa adalah salah seorang Anggota Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah yang sangat komited dalam parti dan aktif mengambil bahagian dalam setiap perbahasan di Dewan Rakyat.

Mohd Anuar juga memaklumkan selain Mohamed Hanipa, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah iaitu Bendahari Agung, Asmuni Awi juga kini berada di IJN selepas melalui pembedahan pintasan jantung beberapa hari lalu.

“Seluruh kepimpinan Amanah mengharapkan mereka segera sembuh dan boleh kembali berkhidmat seperti biasa. Kepada seluruh ahli dan penyokong Amanah, ambilah sedikit masa untuk turut sama mendoakan kesihatan mereka.” ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.

TAGS

COMMENTS