Malaysia Dateline

Doakan ketua pemuda Pas Selangor keluar zon kritikal

Orang ramai diminta mendoakan agar Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanafi Zulkapli disembuhkan segera dan keluar dari zon kritikal akibat Covid-19.

Beliau yang kini sedang menerima rawatan di Maeps, Serdang dikatakan dalam keadaan kritikal kerana virus Covid-19 telah memasuki darah dan paru-paru beliau.

“Minta semua sahabat-sahabat doakan Ustaz Hanafi, KP Selangor yang kini sedang berkuarantin di MaepsĀ  Serdang.

“Keadaan beliau sekarang agak kritikal memandangkan virus dah masuk ke dalam darah dan paru-paru,” tulis rakannya, Yusof Ali menerusi Facebooknya.

Beliau dijangka dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh malam tadi selepas keadaannya tidak berapa baik.

Pusat rawatan sementara di Maeps hanya memberikan rawatan awal manakala pesakit yang kritikal akan dibawa ke hospital termasuk Hospital Sungai Buloh yang kini dikhaskan untuk mengendalikan pesakit Covid-19.