Seorang doktor mendedahkan ada anak-anak yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka yang tua dan uzur di hospital sewaktu musim perayaan kerana tidak mahu menjaga mereka ketika hari raya.
Petugas kesihatan yang dikenali sebagai Dr Amira menerusi perkongsian di TikTok berkata, pada minggu ketiga dan keempat bulan puasa adalah sangat kritikal berikutan ada anak-anak yang pulang ke kampung serta menghantar ibu bapa ke hospital kononnya sakit.
Malah katanya, ada kes di mana ibu bapa tua itu kadangkala tidak diberi makan dan minum menyebabkan mereka terpaksa dimasukkan ke dalam wad.
“Contoh ibu ayah lumpuh, tak boleh bergerak dan mereka hantar ke hospital dengan alasan macam-macam. Kadangkala mereka tak beri minum dan makan serta sampai ke hospital, gula rendah sangat, badan lembik tak ada air.
“Jadi kena masuk wad dan kalau pun sudah sembuh sebelum raya, mereka tidak akan ambil, mati-mati nak ambil selepas raya,” katanya bercerita pada hantaran video tersebut baru-baru ini.
Pada masa sama, Dr Amirah juga berkongsi kisah benar yang berlaku sewaktu dia menjadi ‘housemanship’ satu ketika dahulu di mana seorang makcik yang sudah lumpuh seluruh badan, dibiarkan berbulan-bulan terlantar di hospital.
Anak-anaknya dikatakan enggan mengambil tanggungjawab menjaga ibunya, sehinggalah wanita tua itu menghembuskan nafas terakhir di hospital.
“Dia buat pembedahan otak buang darah beku dan sudah lumpuh sepenuhnya. Hanya boleh gerak mata, sayu tengok makcik tu. Minta anak datang ambil, tapi alasan macam-macam, tak reti beri makanlah, tak reti cucilah. Kita cakap boleh buat dekat klinik dan makan tu, kita ajar berkali-kali, tapi dia kurang ajar juga.
“Paling saya sedih, bila dah gaduh tu, keluar air mata makcik tu. Saya lap air mata dia dan saya cakap, ‘makcik dunia ni memang tak adil, mungkin tempat makcik di syurga, ni bahagian makcik di dunia’. Petang itu makcik meninggal, jadi jangan buat macam itu pada mak ayah,” katanya dengan nada sebak.
Kenyataan Dr. Amirah turut diakui oleh AyieTDF (HIV/AIDS Caounselor) yang menceritakan di hujung bulan Ramadan, terdapat ramai anak-anak menghantar ibu bapa mereka yang uzur dengan pelbagai penyakit ke hospital.
“Maaf saya terpaksa menggunakan terma ‘anak tanggang’ sebab betul, itu fakta di hujung Ramadan ini, akan ramai anak-anak hantar emak ayah uzur ada penyakit dan mungkin lumpuh ke hospital.
“Sebab nak mudahkan urusan mereka balik kampung bercuti dan sebagainya,” katanya.
Baca juga: Panas ‘menggila’, MET Malaysia beri amaran kepada enam kawasan di semenanjung
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio