Malaysia Dateline

Doktor garu kepala kalau hanya diberitahu pil putih dan bulat, aplikasi ini bantu pesakit disiplin makan ubat

Jangan buat doktor garu kepala sebaliknya anda mesti tahu nama ubat bukan hanya memberitahu bentuk fizikal seperti ubat putih, bulat, bujur, panjang dan sebagainya.

Itu nasihat Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong memandangkan sebagai contoh ubat Metformin dan Panadol; kedua-duanya putih dan bulat.

“Satu ubat kencing manis. Satu ubat penghilang sakit dan ubat demam. Salah makan metformin, boleh sebu perut.

“Kalau pesakit boleh sebut nama ubat, doktor pun puji. Nampak berilmu dan ambil tahu,” katanya lagi menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Ikuti perkongsian IDZWAN OTHMAN mengenai disiplin makan ubat ini:

“Saya diserang strok selepas dua minggu tak makan ubat darah tinggi. Jadi sekarang, apabila tak makan ubat, saya jadi takut.

Oleh sebab ada lebih kurang lapan jenis ubat yang perlu dimakan selalunya bidadari (isteri) yang sediakan dan suap, tetapi kadang-kadang bidadari terlupa.

Jadi, ahli terapi nasihatkan saya kena urus ubat sendiri. Doktor syorkan saya beli kalendar kuda, boleh tanda bila dah makan senang monitor.

Tapi bagi saya, old school sangatlah pula. Takde kerja saya nak beli kalendar kuda. Survey punya survey, saya jumpa aplikasi canggih percuma, Medisafe Pill & Med Reminder.

Setakat ini, aplikasi tersebut sangat membantu, database ubat agak terperinci dan sangat memudahkan.

Baca juga Beria Ain beri amaran kepada perempuan lain tapi guru wanita ini pula betulkan tatabahasa

Baca juga Lelaki mengaku bersalah atas 28 pertuduhan rogol dua anak kandung