Malaysia Dateline

Doktor ini dedah wanita minum kopi berlebihan beri kesan buruk antaranya sukar hamil

Sebut sahaja kopi tidak kira siapa wanita atau lelaki pasti akan menggemarinya. Namun dalam sedar atau tidak wanita yang minum kopi secara berlebihan akan memberi kesan buruk kepada mereka antaranya sukar hamil.

Melalui facebook Dr Zubaidi Ahmad mendedahkan 5 kesan buruk yang bakal dihadapi kaum wanita jika mereka mengambil kopi secara berlebihan.

Antaranya;

  1. Menyebabkan rasa panik dan cemas

Kafein yang ada dalam kopi boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meningkatkan degupan jantung. Jumlah kafein dalam kopi bergantung pada jenis kopi. Bagi mereka yang sensitif, ambillah kopi yang mengandungi kafein yang kurang bagi mengelakkan masalah ini. Selain itu ia menyebabkan rasa cemas, panik dan mudah ‘naik angin’ walaupun berhadapan dengan masalah kecil.

Wanita ambil kopi berlebihan beri kesan buruk antaranya sukar hamil
Kopi tingkatkan tekanan darah jantung berdegup timbul rasa panik dan cemas

2.Mengganggu fungsi kognitif

Kopi yang diminum dalam jumlah yang sederhana pada sesetengah orang akan meningkatkan semangat dan fokus untuk bekerja. Namun, bagi sesetengah wanita yang lain ia boleh menjejaskan kebolehan untuk berfikir dengan baik (kognitif).

3.Menyebabkan wanita sukar hamil

Belum ada kajian yang terperinci bagaimana kopi (atau bahan kafein) mengganggu kesuburan wanita. Namun banyak kes yang dilaporkan bagaimana pengambilan kopi yang berlebihan mengganggu kesuburan wanita. Berkemungkinan besar kafein yang berlebihan mengganggu keseimbangan hormone dalam tubuh wanita.

Kopi boleh mengganggu kesuburan wanita

4.Menyebabkan kereputan tulang

Kereputan tulang adalah suatu perkara yang biasa berlaku pada wanita yang sudah mengalami menopause. Namun pengambilan kopi yang berlebihan akan menyebabkan proses kereputan tulang ini akan berlaku dengan lebih cepat. Ini kerana kafein menghalang penyerapan kalsium ke dalam tulang.

Kafein menghalang penyerapan kalsium ke dalam tulang

5.Boleh menyebabkan keguguran ketika hamil

Wanita yang sedang hamil tidak dianjurkan untuk meminum kopi berlebihan, terutama bagi mereka yang pernah keguguran. Dos kafein yang dibenarkan hanyalah 200 mg. Belum ada kajian yang mendalam, namun lebih baik mengelakkan kopi sebelum keguguran berlaku. Boleh gantikan pengambilan dengan kopi tanpa kefein (decaf).
Semoga bermanfaat.

Dr Zubaidi mempunyai pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am.

Baca juga: Usia tidak halang semangat belajar wanita Perancis 79 tahun gigih siapkan PHD

Baa juga: Minum kopi dapat kurangkan risiko mati awal, betul ke?