Malaysia Dateline

Doktor kongsi rahsia aliran darah otak yang baik

Pesakit yang melalui pembedahan yang memerlukan posisi beach chair (separa duduk) contohnya pembedahan bahu, selalunya pakar bius akan memantau paras oksigen otak (cerebral oxymeter) selain dari monitor tanda vital biasa.

Posisi beach chair ini sememangnya diketahui boleh mengurangkan paras oksigen otak semasa pembiusan.

Majoriti pesakit saya, paras oksigen otak mereka sebelum bius adalah dalam lingkungan 50-60%. Sebaik saja dibius dan diposisi ke separa duduk; ia akan turun lagi ke paras 40-50%.

Ada pesakit yang paras oksigen otak mereka turun melebihi 20% baseline. Jadi, mereka tidak mampu menjalani pembedahan dalam posisi separa duduk dan perlu direndahkan lagi.

Pesakit dengan penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi kerap ada gangguan pada aliran darah otak. Yang muda-muda berumur 30-40 tahun pun ramai. Jadi, lebih mudah terjejas paras oksigen otak dan lebih berisiko mendapat stroke sewaktu pembedahan.

Maklumlah negara kita ni syurga makanan. Selagi muda selagi itu makan tidak ingat dunia. Apalagi nak ingat akhirat.

Paling menarik ada seorang pesakit saya berumur 50-an yang datang untuk pembedahan sendi bahu. Beliau sihat; tidak merokok dan fit orangnya.

Paras oksigen otak beliau sebelum dibiuskan ialah 70%. Sebaik saja dibiuskan naik 90% (maklumlah kami beri oksigen FiO2 0.5). Setelah dinaikkan ke posisi beach chair, paras oksigen otak beliau steady diparas 80-90%. Makin bertambah pula!

Sungguh menakjubkan. Tak pernah lagi saya jumpa pesakit warga Malaysia ada aliran darah otak sebagus ini.

Nak tahu apa rahsia beliau? Beliau adalah diving instructor.