Malaysia Dateline

‘Doktor sendiri pun pelik mengapa kaki boleh membengkak sebesar ini’ – Sakila mohon bantuan jalani pembedahan

“Doktor sendiri pun pelik mengapa kaki boleh membengkak sebesar ini dalam tempoh yang singkat, dalam masa empat tahun sahaja kaki boleh mencecah 80 hingga 85 kilogram.”

Itu kata Sakila Ahmad Shamsuri, 39, yang tidak dapat bergerak seper­ti orang lain selepas menghidap penyakit bengkak pada kaki kirinya dikenali pe­nyakit kaki gajah (lymphatic filariasis).

Menurutnya yang tinggal di RPT Kampung Jelapang Baru di Ipoh, dia tidak tahu punca penyakit itu tetapi bermula selepas dia mengalami demam dan timbul bintik-bintik kecil yang merah dan panas pada kakinya empat tahun lalu.

Beliau yang kini dijaga oleh ka­kaknya berkata, bengkak pada ka­kinya sudah men­capai berat kira-kira 80 hing­ga 85 kilogram dengan ukur lilit 30 sentimeter.

Jelasnya, pemeriksaan di hospital mengesahkan penyakit itu bukan berpunca daripada gigitan nyamuk.

“Menurut doktor, kebanyakan pesakit kaki gajah mengambil masa berbelas tahun untuk membesar hingga mencapai saiz seperti ini,” dipetik Utusan Malaysia.

Sakila memberitahu beliau pada masa ini menjalani rawatan di Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur dan dijadualkan menjalani pembedahan pada bulan ini.

“Sepatutnya pembedahan saya pada 22 September lalu namun disebabkan tekanan darah saya naik, pembedahan ditangguh dan dijadualkan semula pada 17 Oktober depan se­lepas pemeriksaan jantung,” lapor Utusan Malaysia lagi.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan boleh menyalurkan bantuan di akaun Maybank atas nama Sakila Ahmad Shamsuri iaitu 1620 5883 1884 atau menghubunginya di talian 019-2490067.

Baca juga Apa ada dalam poket rakyat yang terjejas teruk? – Pakar anggap hal ini hilang dari radar TikTok Menteri Kewangan, ucaptama Gabenor

Baca juga Lelaki guna agama untuk kahwin dua, tapi duit minta dekat isteri dan adik beradik