Malaysia Dateline

Dokumen Pas bocor: ‘Kalau betul pun, takkan nak mengaku’

Dalam apa yang dinamakan satu dokumen rahsia dibocorkan, mendedahkan parti Pas sedang berunding dan mencari formula bagaimana untuk menguasai pilihan raya akan datang.

Dua pemimpin Pas dikaitkan dengan perancangan itu Setiausaha Agung Takiyuddin dan Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dokumen itu mendedahkan bagaimana kedua-dua pemimpin Pas itu berjumpa dengan beberapa ahli politik yang berada dalam kerajaan hari ini, antaranya Hishammuddin Hussein, Hamzah Zainuddin dan lain-lain.

Adalah munasabah kalau kedua-dua pemimpin Pas itu terbabit kerana sebelum ini ada cerita mengatakan merekalah menjadi pencorak kepada politik sejahtera Pas. Mereka yang mempengaruhi emosi politik Tok Dor Hadi.

Bagaimanapun Samsuri telah menafikan dokumen berkenaan yang disifatkan sebagai sampah dan hendak tergelak mendengarnya.

Kalau ia betul, masakan beliau nak mengakui. Pembocoran maklumat itu seperti seketul najis ditemui di tengah jalan di mana yang berak tetap tidak akan mengaku.

Kita tunggu pula penjelasan dan jawaban daripada Takiyuddin.

Oh ya, sebelum ini berlaku percanggahan pendapat antara Takiyuddin dengan Presiden Abdul Hadi Awang berhubung keputusan Umno hendak melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri.

Abdul Hadi terus terang menzahirkan rasa tidak setuju sementara Takiyuddin seperti mana disebar dalam sebuah kumpulan WhatsApp penerangan tidak semena-mena menyokongnya.

Pendirian tidak sekata mereka berdua itu ditambahkan dengan dokumen apa dinamakan “Pasleak” itu.

Baca Dokumen sulit ‘political enggagement’ Pas bocor, antaranya Zahid, Najib perlu ke penjara

Baca Penduduk Shanghai bunuh diri ekoran lockdown yang terlalu ketat