Kalau melampau tindakan disiplin, kata Tengku Adnan kepada Muhyiddin

Terpulang kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat sebarang ucapan di luar perhimpunan, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
Namun tegas Setiausaha Agung parti itu, tindakan disiplin akan diambil jika Muhyiddin bertindak di luar batasan.
 
“Saya tak tahu tentang ini cerita, nak bagi ‘speech’ (ucapan), terpulang pada dia.
 
“Cuma ‘don’t cross the line, you cross the line, we will take action’ (jangan melampaui batasan, kalau melampaui batasan, kami akan ambil tindakan),” katanya dipetik sebagai berkata di Putrajaya menurut laporan portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) hari ini.

TAGS