Malaysia Dateline

Dosa makan rasuah lebih besar dari dosa makan babi, kata pendakwah

Seorang pendakwah, Phahrol Mohamad Juoi menyifatkan, dosa rasuah lebih buruk dari dosa memakan babi.

“Rasuah dan babi sama-sama haram. Tapi dosa rasuah lebih buruk. Jangan lupa hakikat itu. Muslim ‘termakan’ babi jauh lebih baik daripada muslim ‘memakan’ rasuah,” kata beliau menerusi facebook beliau ketika isu rasuah hangat dibincangkan.

Ini berikutan dari terdedah cerita tentang rakyat negara ini telah termakan daging haram akibat dari rasuah yang melanda negara.

Bagi Phahrol, “rasuah jualah penyebab ramai yang termakan babi. Wahai politikus…kami jemu dengan permainan politik mu!” kata pendakwa dan penulis itu dalam tulisannya.

Antara buku karangan beliau adalah Nota Fikir Untuk Zikir, Duhai Yang Tersayang, Katakan Pada Hati, Seraut Kata Selaut Rasa, Satu Rasa Dua Hati, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir, Revolusi, Mukmin Profesional Celik Mata Hati dan banyak lagi.

Beliau berkelulusan UiTM Shah Alam. Pernah menjadi wartawan, pengarang dan Ketua Pengarang kepada banyak majalah bercorak Islam sejak daripada tahun 1986.

Beliau amat aktif dalam penulisan buku Islami, lirik-lirik lagu nasyid dan sekarang ini merupakan Ketua Editor kepada Majalah Solusi yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd.

Tulisan beliau mengenai rasuah ini mendapat ratusan komen dari para netizen yang mengikuti tulisan beliau di samping hampir seribu yang berkongsi tulisan ini.

Antara netizen yang membuat komen adalah Fajar Pagi yang menulis “Rasuah dah berakar umbi di semua jabatan. Reform perlu dibuat pada sistem bukan sekadar tukar pemimpin. Kita perlukan keberanian yang besar untuk mati di medan perang tapi lagi memerlukan keberanian yang lebih besar untuk menentang pemmpin elit yang bermaharajalela.”