DPPM nafi sebar poster bantahan tetapi tetap pendirian menolak konsert Megadeth

DPPM nafi sebar poster bantahan tetapi tetap pendirian menolak konsert Megadeth

 Sebelum ini Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) membantah konsert Selena Gomez hari ini Pas turut memandang serius penganjuran konsert Megadeth, sebuah kumpulan rock thrash metal dari Amerika Syarikat yang akan diadakan pada 5 Mei 2017 di Stadium Negara.

Walaupun tersebar di media sosial yang mengaitkan nama Ketua Penerangannya Hishammuddin Abdul Karim, beliau menafikan poster yang tersebar itu.

Pemuda Pas pernah menghalang kumpulan rock Megadeth untuk menganjurkan konsertnya di Kuala Lunpur pada 2001.

“Kali ini DPPM juga telah menerima maklumat tentang sebaran satu poster secara maya yang telah mengaitkan Ketua Pemuda Pas yang antara isi kandungannya di dalam kenyataan tersebut menyatakan tentang kerosakan akidah menyertai konsert Megadeth serta usaha menggerakkan pemuda Pas berhimpun bagi melaksanakan bantahan.

“Sehubungan dengan itu, DPPM menafikan sebarang poster berkait dengan kenyataan tersebut oleh pihak Ketua DPPM.

Pun begitu, DPPM mempertegaskan beberapa hal yang melibatkan garis panduan hiburan dalam Islam. DPPM merujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi Kedua) yang telah diterbitkan oleh pihak Jakim dan diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 pada 10-11 Februari 2015.

Konsert Megadeth difahamkan asas halangan adalah kerana pengaruh muzik mereka membawa kesan negatif pada peminat.

“DPPM mempersoalkan ketegasan pihak berkuasa dalam menanggani penganjuran ini walaupun Garis Panduan Hiburan Dalam Islam telah begitu jelas diperakukan.

“Demi masa depan negara yang lebih gemilang dan keseimbangan pembangunan rakyat yang berkualiti tinggi, DPPM mempersoalkan penganjuran konsert seperti ini.

“Apakah ia membawa faedah besar untuk rakyat atau hanya membuka ruang kepada rakyat untuk menyaksikan budaya yang tidak sihat di dalam negara ini.

“Islam bukanlah agama yang menghalang hiburan. Ia memberikan peluang kepada ummahnya untuk berhibur dengan sempadan yang cukup jelas dan mudah.

DPPM ujarnya lagi yakin, Pas tidak akan menghalang apa-apa penganjuran konsert hiburan yang menepati dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama demi memelihara kesejahteraan rakyat jika diberi mandat memerintah.

COMMENTS

Wordpress (0)