DPPWP mahu Kementerian Wilayah siasat, batal penganjuran pesta Gay terbesar di Kuala Lumpur

DPPWP mahu Kementerian Wilayah siasat, batal penganjuran pesta Gay terbesar di Kuala Lumpur

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP) menuntut Kementerian Wilayah Persekutuan mengambil tindakan tegas untuk menyiasat pesta gay terbesar yang akan dianjurkan di Kuala Lumpur ketika rakyat negara ini akan menyambut ambang Kemerdekaan.

Pesta Resurrection 2018 itu dijadualkan akan diadakan selama  tiga hari pada 30 Ogos hingga 1 September di G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Ketua Pemudanya Mohd Farkhaan Md Zain berkata, Pesta Resurrection 2018 adalah program tahunan komuniti gay sejak tahun 2015.

Program ini dakwanya, dianjurkan oleh Divine Bliss dan telah mendapat liputan besar-besaran media antarabangsa seperti portal Element (Asia leading LGBT media network) dan The Gay Passport.

“Pihak penganjur juga dikatakan menyalurkan sebahagian keuntungan daripada penganjuran parti berkenaan sejak tahun 2015 kepada Yayasan PT, Majlis AIDS Malaysia, Rumah Pertiwi, Pertubuhan Wanita dan Kesihatan (WAKE) dan Pertubuhan Kebaikan dan Kesihatan Umum Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya, DPPWP mahu pihak kementerian bertindak tegas dan membatalkan pesta itu dengan segera.

“Jangan mencemarkan maruah rakyat serta negara dengan penganjuran pesta yang hina ini,” ujarnya lagi.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote