Malaysia Dateline

Dr Amalina selamat bersalin bayi sulung, nama Arabella Mia jadi pilihan hati

Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri selamat bersalin bayi sulungnya minggu lalu di St Thomas’ Hospital.

Dalam hantaran di Instagram, Amalina berkongsi berita gembira itu sambil mendedahkan foto anak perempuannya yang diberi nama Arabella Mia.

Beliau juga memaparkan beberapa keping gambar bayinya yang baru lahir.

“Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lalu di Hospital St. Thomas.

“Kami menyayanginya dan menghargai setiap saat bersama bayi kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang menunggu kami pada masa akan datang. Ahamdulillah,” tulisnya.

Dr Amalina, 35, sah bergelar isteri kepada jejaka Inggeris, Alexander Charles pada 3 April 2021.

Sebelum ini, Dr Amalina ada memberitahu dirinya akan mengambil cuti bersalin selama 10 bulan seperti yang diperuntukkan hospital UK.

Beliau juga memberitahu boleh mengambil cuti bersalin sehingga tempoh satu tahun.