AJK Pas Pusat tidak mahu tanya 3 pemimpin Terengganu yang didakwa terima duit Umno

Tiga pemimpin Pas Terengganu yang didakwa pemegang amanah satu akaun yang menerima duit Umno.

AJK Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim mengambil sikap tidak mahu bertanya tiga pimpinan Pas Terengganu yang dikatakan memegang akaun yang menerima duit dari Umno.

Beliau mengaku, berderet masuk whatsapp ke dalam telefon beliau bertanya hal tiga orang pimpinan Pas Terengganu yang dikatakan terima duit Umno itu.

“Kerana ambe (saya) kenal rapat dengan ketiga-tiga mereka, maka ambe tak mboh (tidak mahu) tanya tuan diri yang dituduh. Sebab apa tak mboh tanya?

“Sebab dalam bab ni ambe cerdik dan ambe kenal siapa mereka bertiga. Dengan istilah lain, ambe ni jenis orang reti kelih butir mata orang!” tulis Azman dalam facebook beliau.

Bagi Azman, tidak lojik Umno memberi duit kepada Pas.

“Umno bagi duit kepada pimpinan Pas Terengganu nak buat apa? Untuk lawan PH?” soal beliau.

Kini tersebar khabar di media sosial, kononnya Umno memasukkan wang bernilai RM2.5 juta ke dalam akaun Pas Mac lalu.

Menurut maklumat itu, RM1.5 juta dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Pembangunan JPP Pas Pusat dan RM1 juta ke dalam akaun bersama milik tiga pemimpin Pas Terengganu.

Bekas naib presiden Pas yang kini naib presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata dalam satu ceramahnya, beliau bertanya pegawai pejabat agung Pas mengenai hal itu.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat pula meminta pihak yang membuat tuduhan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

“RM 1 juta nak bahagi tiga orang? Nak beli kereta sebuah pun tak lepas, sebab tu jangan buat tuduhan sedap-sedap sahaja. Pergi pejabat SPRM sebab kita buka 24 jam untuk buat laporan sekiranya ada pemimpin Pas terlibat kes rasuah,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian.

9.7
OVERALL SCORE
: 10.0
2 user votes x 9.5