Dr Dzul ingat pesan ibu tiada yang kekal pangkat atau kuasa

Dr Dzul ingat pesan ibu tiada yang kekal pangkat atau kuasa

Biasanya, ibu merupakan individu yang pertama ditemui si anak apabila menerima berita gembira, begitulah yang dilakukan oleh Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad.

Hari ini beliau berkongsi di laman Twitter peribadinya pertemuan beliau dengan ibu tersayang untuk memberitahu berkenaan penganugerahan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang diterima.

Namun, katanya sebaik sahaja memaklumkan anugerah yang membawa gelaran Datuk Seri kepada ibunya, secara spontan ibunya mengingatkan beliau “tidak ada yang kekal diri dunia… pangkat dan kuasa”.

“Spontan bonda mengingatkan tidak ada yang kekal di dunia… pangkat dan kuasa… sedarlah diri ini dan sahabat-sahabatku,” katanya.

Hakikatnya, beliau sebenarnya berasa malu untuk memberitahu ibunya tentang penganugerahan tersebut.

Dzulkeply merupakan antara lima menteri kabinet yang tersenarai antara 419 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka bersempena sambutan ulang tahun ke-80, Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob kali ini.

Sempena majlis berkenaan, empat lagi menteri kabinet yang menerima gelaran “Datuk Seri” ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun; Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof.

 

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote